My Nuffnang

Showing posts with label 40mm. Show all posts
Showing posts with label 40mm. Show all posts

Saturday, August 26, 2017

PRIVILEGE CARD KINOKUNIYA - SPECIAL EDITION


© 2017 Hasif Rahman - Personal | Privilege Card Kinokuniya

Canon 6D with 40mm F2.8

" Reading is a basic tool in the living of a good live "

- Joseph Addison -


Alkisahnya hari ini ada jemputan kenduri kahwin kawan kepada isteri di Casa Ombak, Ampang. Seperti biasa, saya bukan jenis yang mahir jalan di Kuala Lumpur terutama lokasi - lokasi yang tidak pernah pergi. "Kawan Sejati" iaitu Google Map akan menjadi pembantu setia dalam membimbing ke jalan yang benar. Bila "search" lokasi tersebut, hampir sungguh dengan Suria KLCC, lantas berkata kepada isteri, lepas kenduri singgah KLCC. Salah satu sebabnya adalah kerana sudah berhajat sebelum ini untuk singgah Kinokuniya, saja merayau di dalam walaupun tidak membeli. Rasa seronok. Sebab yang lain pula, nak bawa Audrey Marissa jalan - jalan. Dia memang suka meraya di tempat buku dan tempat mainan (Toys R Us). Tapi seperti biasa, hajat tidak membeli apa - apa, mana mungkin berlaku. Haha.

Sampai di Kinokuniya, pertama sekali ternampak %^$%&^*&$&$#  dan terus membelinya. (Akan dimaklumkan apa yang dibeli pada "post" akan datang, hehe). Semasa hendak buat bayaran, ternampak satu pula Privilege Card Kinokuniya Special Edition. Design yang menarik, apa lagi, daftar terus. Haha.

Apa keistimewaan dia? Diskaun 10% bagi setiap buku yang dijual di Kinokuniya. Memang berbaloi kalau jenis yang suka membeli buku. Diskaun dapat, pelepasan LHDN pun dapat nanti. Double bonus sebenarnya. Tapi kalau jenis beli buku setahun sekali, tidak perlu daftar. Haha. Sebab nak daftar kena bayar RM38.00 setahun. Apapun, duit masing - masing. Sekian.




Monday, March 6, 2017

WEEKEND ESCAPADE - MELAKA



© 2017 Hasif Rahman - Travel | Weekend Escapade - Melaka

Canon 6D with 40mm F2.8

" Everything begins with an idea "

- Earl Nightingale -



2017 warm up before the real Travel begins. Melaka really a fun place if you know where to go and what to eat. Plus the Boutique Hotel really make our stay awesome ! Yeah, indeed, boutique hotel for me is far more better than hotel. It's because the creativity and design that make it wonderful. 



Monday, December 12, 2016

PHOTOGRAPHY | PORTRAIT OF C3P0


© 2016 Hasif Rahman - Star Wars Fever | A New Hope

Canon 6D with 40mm F2.8 plus macro lens converter

" We seem to be made to suffer. It's our lot in life"

- C3P0 : Star Wars Episode IV A New Hope -


Sunday, December 11, 2016

PHOTOGRAPHY | PORTRAIT OF R2D2


© 2016 Hasif Rahman - Lego Star Wars | R2D2

Canon 6D with 40mm F2.8 plus macro lens converter

" Beep Bloop Blop Bleep Boop"

- R2D2 -



Sunday, December 4, 2016

PHOTOGRAPHY | THE CLASSIC CHROME C3P0


© 2016 Hasif Rahman - Star Wars Fever | A New Hope

Canon 6D with 40mm F2.8 plus macro lens converter

" We seem to be made to suffer. It's our lot in life"

- C3P0 : Star Wars Episode IV A New Hope -


Semalam, ada satu event Star Wars daripada Star Wars Malaysia Fan Club (SWMFC) di The School Jaya One, Petaling Jaya. Event tersebut berlansung selama 2 hari iaitu pada 3 Disember - 4 Disember 2016. It's all about Star Wars from Toys (Figure, vintage toys, Lego, Bootleg), Cenderamata, Cosplay competition, Star Wars Show, and a lot more. Memandangkan bulan bajet diperlukan di tempat lain, maka hanya dapat membeli dua brick seperti gambar di atas. Gold Chrome Colour C3P0 dan Silver Chrome Colour T-14. Yeah ! Love the shiny minifigures !

Boleh dikatakan, sesetengah minifigure lebih sesuai bila dijadikan chrome terutama jika dari movie asalnya sebegitu. So, apa lagi, ada masa hari ini, terus buat portrait.


Bagi saya, set - set figure dan minifigure daripada Star Wars Episode IV, V dan VI adalah set yang terbaik. Set - set tersebut lebih menarik perhatian para collector daripada set - set daripada Episode yang terbaru. No wonder ramai collector sanggup mengeluarkan ribuan ringgit bagi mendapatkan set - set classic tersebut. Contohnya, edisi pertama UCS Millenium Falcon Lego kini dijual dengan harga RM15,000.00. 


The Force Is Strong With This C3P0 !


Saturday, December 3, 2016

PHOTOGRAPHY | A NEW HOPE


© 2016 Hasif Rahman - Star Wars Fever | A New Hope

Canon 6D with 40mm F2.8 plus macro lens converter

" Hope is being able to see that there is light despite all of the darkness"

- Desmond Tutu -

Nampaknya kita telah tiba pada bulan Disember 2016. Bulan terakhir bagi tahun 2016 dan kebiasaannya ini merupakan bulan dimana kita melihat kembali wishlist atau impian yang telah kita rancang. The truth is, I'm in darkness especially with my Photography. Secara kasarnya, gagal. Ketiadaan peralatan yang penting menyebabkan segala yang dirancang seperti tidak bermula selangkah pun. Ditambah pula dengan peralatan sedia ada diserang virus, yup..my laptop, habis semua template dan gambar - gambar sokongan semua rosak. Hanya Dia tahu bagaimana perasaan tersebut.

Somehow, I'm looking for hope..




Thursday, September 15, 2016

PHOTOGRAPHY | TRAIN TO BUSAN


© 2016 Hasif Rahman - Zombie Fever | Train To Busan

Canon 6D with 40mm lens plus macro converter lens

" Run !!!!!!!! "

- A passenger on the train -

Cerita berkenaan zombie, memang favourite sejak dulu. Tetapi apapun bergantung kepada bagaimana movie tersebut dibuat. Mana - mana cerita zombie yang sorry to say agak bodoh tu, memang tidak layan sangat. Tetapi cerita2 zombie macam World War Z, Resident Evil dan lain - lain serta yang terbaru ni Train to Busan, memang tak berkelip mata tengok. Bezanya cerita - cerita zombie sekarang dengan dulu, zombie sekarang macam pemegang pingat emas lari pecut 100 meter. Haha. Dulu punya zombie macam siput jalannya.

Apa lagi, disebabkan mood zombie, ambil Lego dalam kotak, shoot ! Tetapi malangnya tidak pernah beli set Lego kereta api. Hmmm...maybe, kena beli lepas ni. Haha. Hail Zombie !



Tuesday, September 6, 2016

PHOTOGRAPHY | HEALING


© 2016 Hasif Rahman - Getting Better | The Magical Potion

Canon 6D with 40mm lens plus macro converter lens

" The greatest healing therapy is friendship and love "

- Hubert H. Humphrey -

Kepala masih dalam keadaan weng selepas makan pelbagai jenis ubat. Demam 5 hari yang sangat menguji diri. Alhamdulillah ada isteri yang memahami dan menjaga diri ini saat terasa lemah. Malam ni last makan ubat yang buat mengantuk tahap gaban. Start esok hanya makan antibiotik sahaja. Lets get to work !



Saturday, September 3, 2016

PHOTOGRAPHY | HAPPY BIRTHDAY DORAEMON


© 2016 Hasif Rahman - Childhood Memories | Happy Birthday Doraemon !

Canon 6D with 40mm lens

" One of the luckiest thing that can happen to you in life is, I think, to have a happy childhood"

- Agatha Christie -


Happy birthday Doraemon ! Hehe. Hari ini merupakan birthday Doraemon walaupun sebenarnya belum dilahirkan. Tahukah anda, Doraemon akan dilahirkan 96 tahun akan datang jika dikira pada tahun 2016. Secara teorinya Doraemon lahir pada 3 September 2112.





Monday, August 29, 2016

PHOTOGRAPHY | MORE TO COME !


© 2016 Hasif Rahman - Nobita | Happy Mode On !

Canon 6D with 40mm lens

" I'm a big toy collector. I've been slowing down because my money's been tight, but I collect toy, too"

- Jason Mewes -


Bilik dah hampir siap sebagai mini studio untuk Toy Photography dan sememangnya IKEA sangat membantu dalam urusan tersebut. Hanya tinggal beberapa perabot, lens dan lighting dan beberapa perhiasan, maka akan lengkap bilik idaman yang di idamkan.

Sekarang di bilik ada dua meja, maka tak perlu lagi kemas laptop untuk buat kerja, kemudian selesai shoot, kemas untuk letak laptop semula dan edit gambar. Biar lambat asalkan bergerak. Jangan hanya bermimpi tetapi tiada usaha. Hehe.




Wednesday, August 24, 2016

PHOTOGRAPHY | TROOPER & SNAIL #3


© 2016 Hasif Rahman - Trooper & Snail | Chocolate Time !

Canon 6D with 40mm lens plus macro lens converter

" The milk chocolate melts in your mouth, not in your hand "

- M& M Candy -


Help me to prepare the foods snail~

Tuesday, August 23, 2016

PHOTOGRAPHY | TROOPER & SNAIL #2


© 2016 Hasif Rahman - Trooper & Snail | Thirsty

Canon 6D with 40mm lens

" I drink because I'm thirsty "

- Shane Macgowan -


Chill ! Let's swim in the coffee. Come on snail, join me~



Sunday, August 21, 2016

PHOTOGRAPHY | DARTH VADER AT HOTH


© 2016 Hasif Rahman - Darth Vader | Inspired by Vesa Lehtimaki

Canon 6D with 40mm lens and a macro lens converter

" Where's Padme.."

- Random Scene -

Mencuba setting yang baru untuk dapatkan kesan snow yang lebih natural. Secara keseluruhannya dapat effect yang dicari, cuma rasa tak sesuai untuk ambil full body sebab bahan snow di dasar tidak menjadi. Perlu cari bahan yang lebih sesuai. Bahan snow yang dijatuhkan perfect, tetapi kena cari idea untuk lebih halus mungkin kerana kelihatan bintik - bintik kasar. Mungkin perlukan satu lagi tripod dan shutter release supaya tangan lebih bebas untuk hasilkan effect snow yang lebih menarik. Apapun, menggunakan lens yang kurang sesuai turut memberikan effect yang kurang menarik. Menanti Macro Lens ! 



Sunday, August 14, 2016

PHOTOGRAPHY | R.I.P KENNY BAKER


© 2016 Hasif Rahman - R.I.P Kenny Baker | R2 - D2

Canon 6D with 40mm lens and a macro lens converter

" This is not the droid you're looking for..."

- Obi Wan Kenobi, Star Wars IV : A New Hope -


Kenny Baker, pelakon yang menghidupkan watak R2 - D2 passes away. Terima kasih atas jasa beliau menghidupkan watak R2-D2. The force is strong with this droid.


Saturday, August 6, 2016

PHOTOGRAPHY | LEPIN WALL E !




© 2016 Hasif Rahman - Lepin | Wall - E 

Canon 6D with 40mm lens

" Hail Lepin !"

- Anonymous -


Secara jujurnya diri ini adalah peminat kepada Lego. Salah satu jenama bricks yang agak terkenal sejak zaman kanak - kanak lagi. Kalau dikira semula, 20 tahun yang lalu sudah terjebak dengan Lego. Terasa sayangnya Lego yang dibeli pada masa dulu hilang dan ada diantaranya "diberikan" kepada anak buah. Kalaulah masih lagi tersimpan rapi, sudah tentu terasa bangganya mempunyai set classic. Namun begitu, pembelian terhenti seketika semasa sekolah menengah, dan begitu banyak set Lego yang menarik terlepas pandang dan akhirnya menjadi Retired Set yang kini jika hendak membelinya, harga agak tinggi, ribuan secara jujurnya.



Cuma tahun ini agak berbeza sedikit apabila satu jenama bricks yang dipanggil Lepin muncul. Boleh dikatakan 100% design Lego diterjermahkan semula dengan harga yang jauh lebih murah. Salah satu sebab diri ini mulai minat pada Lepin adalah kerana Retired Set Lego dikeluarkan semula dan set Modular Lego yang jauh lebih murah harganya. Bagi saya, pembelian Lepin adalah hanya kepada Retired Set dan Modular. Bagi keluaran baru, saya lebih gemar Lego. Semua bricks yang saya shoot di studio adalah jenama Lego terutama minifigures kerana minifigures Lego lebih kemas dan cantik berbanding jenama lain.



Seperti yang saya kata, pembelian Lepin adalah hanya kepada Retired Set dan Modular, tetapi kenapa saya beli Lepin Wall E? Sebab ia adalah pembelian pertama saya dan saya perlukan satu set untuk di review sebelum membeli set yang lain. RRP Lego Wall E adalah RM250.00 manakala bagi Lepin di sekitar RM80 ke RM110. It depends on the seller. Dan setiap set juga dilengkapi dengan manual seperti Lego juga.

Here's some of the review about Lepin

Pros

  1. 100% the same with Lego design
  2. Murah (Termasuk Retired Set Lego)
Cons
  1. Kekurangan dari segi minifigures
  2. A little bit defect tetapi boleh dibetulkan dengan sedikit adjustment
Kepada yang berminat dengan Lepin, boleh join facebook group LBK (Legion of Bricks Keeper Malaysia). Mungkin anda juga akan diracuni oleh Lepin. Terdapat banyak seller di sana, tetapi my Fav seller will be Syam Gemini. Contact him for more Lepin products ! Hail Lepin !



Friday, July 29, 2016

PHOTOGRAPHY | ITS SATURDAY NIGHT !


© 2016 Hasif Rahman - Bat's Day Off | Saturday Night

Canon 6D with 40mm lens plus Macro Lens Converter

" Boom boom cha.... boom boom cha.... boom boom cha..."

- Party Sounds -


Terasa indahnya bila esok WEEKEND ! Its time to stay up late dan buat apa yang anda suka. Mari kita set up props untuk Toy Photography. Weeeeeeeeeee hooooooooooo


Wednesday, July 27, 2016

PHOTOGRAPHY | SNOWTROOPER


© 2016 Hasif Rahman - Snow Troopers | Snowing at Hoth

Canon 6D with 40mm lens plus Macro Lens Converter

" It's freezing out here"

- Anonymous -


Berhajat untuk menjadi seorang Toy Photographer, saya merupakan seorang yang suka kepada keaslian sesuatu gambar tersebut. Maksud saya kurangkan photomanipulation and less editing using photoshop kecuali terpaksa seperti lightsaber. Sangat mustahil untuk dapatkan effect lightsaber secara realitinya. Percaya atau tidak gambar di atas adalah SOOC (Straight Out Of Camera) tanpa sebarang editing. Sebenarnya idea ini baru dipelajari, dan sedang dalam try and error. Masih ada kekurangan namun kekurangan tersebut berjaya di atasi. Minggu ini akan membeli belah sedikit bagi mengatasi kekurangan tersebut.

Sedikit sneak peak behind the scene untuk anda semua.


Setiap kali usahakan satu scene, bilik memang bersepah. Alhamdulillah memang bilik ini khas untuk kerja - kerja photography saya. Masih banyak kekurangan peralatan, tetapi insyaAllah akan lengkap by end of this year dan the Toy Photography project akan bermula. InsyaAllah, 2017 dan 2018 merupakan tahun yang busy dalam mengejar impian. Lets make it happen !


Friday, July 22, 2016

PHOTOGRAPHY | TOO MUCH OF IDEAS


© 2016 Hasif Rahman - Evil Doctor | Craaaazy

Canon 6D with 40mm lens plus Extension Tube

" Lots of ideas"

- Anonymous -


Kadang - kadang bila dah terlalu banyak idea tetapi tidak diterjemahkan, maka anda akan rasa keliru dan tersekat di tengah - tengah. Maka tiada sebarang hasil terjadi akhirnya semua lupa. Nasib baik diri ini dah ambil pengajaran yang sebelum ini di mana semua idea di tulis dalam satu buku kecil. Hanya perlu rujuk semula untuk ingat kembali. So minggu ni, kita dah set untuk something funny but a little bit of horror, lets get it done first. Kemudian baru kita kembali pada idea Star Wars. Haha. So malam ni, setting up the props. Lets go !


Monday, July 11, 2016

PHOTOGRAPHY | SOMETHING FUNNY


© 2016 Hasif Rahman - Zombie Attack | Run !

Canon 6D with 40mm lens plus Macro Converter Lens

" Brain...brain...nyummy brain..."

- Zombie -


Just a sneak peak about the idea or concept for this weekend. Asyik scene yang serius sahaja, apa kata kali ini buat sesuatu yang agak kelakar tetapi masih ada elemen serius. Kita lihat weekend ini apa hasilnya.


Sunday, July 10, 2016

PERSONAL | THE BEST 1 YEAR


© 2016 Hasif Rahman - Audrey Marissa | Turns 1 Year Old

" God gave us the gift of life; it is up to us to give ourselves the gift of living well "

- Voltaire -


Sedikit lambat untuk update kisah antara hari paling bersejarah dalam kehidupan lebih - lebih lagi setelah bergelar seorang ayah. Kisah paling bersejarah, ulangtahun kelahiran my little princess Audrey Marissa yang pertama. Umur setahun pada 27 Jun 2016 yang lepas. Sambutan dibuat secara bersederhana memandangkan pada tarikh tersebut adalah pada bulan Ramadhan. Hendak jemput orang ramai rasa tidak bersesuaian pula di malam hari memandangkan ramai yang sedang berterawih. Maka si ibu dan si ayah merancang sambutan secara sederhana, just the three of us. Secara keseluruhannya, si ibu yang set up all the props and decorations dan ayahnya tukang bayar dan makan kek sahaja. Hahaha.

Happy Birthday Audrey Marissa binti Mohd Hasif ! Semoga membesar dengan sihat sejahtera, dimurahkan rezeki dunia akhirat olehNya, dipermudahkan urusan dunia akhirat olehNya, diberkati dan dirahmati dunia akhirat olehNya, diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan membesar menjadi anak yang solehah. 

Ibu dan ayah akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk Audrey Marissa. Semoga Allah murahkan rezeki ibu dan ayah dari pelbagai sudut agar rezeki itu turut dikongsi bersama Audrey. InsyaAllah.