My Nuffnang

Monday, September 9, 2019

TOY PHOTOGRAPHY - FRIENDSHIP GOALS

© 2019 Hasif Rahman - Toy Photography | Friendship


" In the end, we will remember not the words of our enemies, but the silence of our friends "

- Martin Luther King, Jr. -



I do have a friendship goals. Maybe it's not that great, world class friendship type, but its something what I really want in life, a team of six should be enough, perhaps. I don't know. Never had that kind of friendship. The one that will be by my side when i'm sad, celebrate together when i succeed, laugh out loud about silly things, have a little dirty talk, same interest in hobbies, help each other...that kind of friends. Haha.

From left (above)
  1. I need someone that is a joker. 
  2. Me, the nerd, the ordinary one, nothing special
  3. The cute little girl
From left (below)
  1. The rich, the dirty talker, the playboy
  2. The wild and brave
  3. The believers, faith

I don't know. Maybe, just maybe i watched a lot of movies and series, but i do like that kind of friendship such as in Netflix Original Series : Strangers Things, Movies : IT. The friendship that last forever.

Just a dream. Just a dream....



© 2019 Hasif Rahman - Toy Photography | Friendship



Sunday, September 1, 2019

FAMILY TRIP - KEMBARA MEALS


© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Kembara Meals


" I enjoy a good meal, a good vacation, or a good movie, much as anyone else would "

- Terence Tao -


Last family trip ke Satun, Thailand, mungkin ada yang perasan saya tiba di sana sehari sebelum Hari Raya Aidiladha. Untuk makluman rakan - rakan, Satun merupakan salah satu wilayah yang mempunyai ramai juga muslim. Dari awal lagi kami telah merasakan kedai makan halal kebanyakannya akan tutup bagi persediaan Hari Raya Aidiladha dan perasaan kami terbukti benar. Namun persediaan awal telah kami lakukan. Mungkin ada yang telah tahu, mungkin ada yang belum, namun perkara yang baik tidak salah dikongsi.

Khas untuk mereka yang suka melancong, suka outdoor activities seperti berkhemah dan sebagainya yang meletakkan diri anda di tempat yang sukar mencari makanan halal atau sukar mencari makanan seperti di kawasan hutan dan penggunungan. Mungkin juga sesuai bagi mereka yang malas untuk memasak semasa melaksanakan aktiviti outdoor.

Memperkenalkan KEMBARA MEALS, Meals For Your Adventures. First of all, ia buatan Malaysia dan HALAL. Yes, Halal. Terdapat 3 menu yang diperkenalkan setakat ini iaitu :-


  1. Beef Rendang with Pilaf Rice
  2. Nasi Lemak with Egg Sambal Tumis
  3. Chicken Masak Merah with Tomato Rice
So apa istimewanya Kembara Meals ini? Di dalam setiap packet ada 3 packet kecil. Packet Nasi, Packet Lauk dan Packet Pemanas. So apa istimewanya? Yang sangat istimewanya adalah anda hanya perlu tuang air sahaja. Yup, bukan air panas, bukan air sejuk, air biasa. Kata mudahnya air paip. Tuang sehingga level yang ditetapkan, air tersebut akan MENDIDIH dalam 10 saat. Yup, tidak tipu. 10 saat. Itulah teknologi yang digunakan di dalam packet pemanas tersebut. Tunggu 10 minit, kemudian buang air panas tersebut (hati - hati buang kerana air mendidih), tuang atas pinggang yang turut disediakan di dalam packet tersebut. ENJOY YOUR MEAL !

Apa istimewanya lagi? Ini bukan nasi berperisa lauk ye. Ini memang nasi bersama lauk. Bukan perisa. Haha. Check it out dalam gambar di bawah.








© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Kembara Meals



Rasanya serius sedap. Bukan dimasak cincai. Haha. Daging pun lembut. Tidak liat. Begitu juga dengan ayam. Nasi dan lauk tersebut memang panas. Tidak sejuk. Kenapa boleh begitu? Bab teknologi ni biar syarikat la yang jawab. Saya tak pandai. Pandai makan je. Hahahaha. Harga pun tak mahal. Ada agen di setiap kawasan juga. Try la cari.

Boleh layari di laman web KEMBARA MEALS untuk makluman lanjut


Lepas ni tiada lagi alasan susah untuk mengembara kerana tiada makanan halal atau sukar mencari makanan. Semuanya dah dipermudahkan.



Sunday, August 25, 2019

FAMILY TRIP - SATUN ITSELF


© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Town Of Satun 


" One's destination is never a place, but a new way of seeing things "

- Henry Miller -


Satun merupakan salah satu wilayah Thailand yang terletak di Selatan Thailand berjirankan Trang, Phattalung dan Songkhla serta bersempadan dengan Perlis. Satun merupakan antara wilayah di Thailand yang masih terdapat orangnya yang boleh bertutur Bahasa Melayu dengan fasih serta beragama Islam memudahkan lagi jika anda ingin berkomunikasi bagi membuat sesuatu urusan. Secara jujurnya terdapat banyak hidden gem di Satun yang menjadi kegemaran para traveller cuma kali ini saya tidak dapat untuk mencubanya dek kekangan masa kerana tujuan utama ke Satun adalah untuk menjalankan ibadah qurban dan aqiqah untuk anak - anak yang telah dirancang sejak tahun lepas lagi. There's always next time.

Not really into copy paste any info about Satun in Google, tetapi ini sedikit review berdasarkan pengalaman sendiri berada di Satun selama 3 hari 2 malam. Satun merupakan wilayah di mana kawasannya lebih kepada berbentuk pekan kampung iaitu secara kasarnya, Satun ini seperti Pekan Kuala Pilah atau Pekan Bahau. Boleh dikatakan hampir 80% keadaanya sebegitu dimana pekannya terdapat deretan kedai runcit yang agak lama binaannya dan turut mempunyai pasaraya besar seperti Big C, Tesco dan Makro. Kebanyakkan perniagaan tutup pada lewat petang membuatkan kawasan pekan sedikit mati pada waktu malam.




© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Town Of Satun 

Bagi pelancong yang beragama Islam, anda tidak perlu risau untuk mencari kedai makan yang halal di kawasan ini memandangkan terdapat ramai peniaga yang bergama Islam. Menyebut mengenai makanan, saya dapati sarapan pagi mereka berbentuk nasi berlauk seperti makan tengahari. Bayangkan pada waktu sarapan, kami disediakan nasi putih, tom yam ayam, sayur campur, ulam ulaman dan sambal belacan. Haha. Namun jangan risau, disediakan juga bubur berlauk, spagetti atau roti sekiranya anda tidak lalu untuk makan berat pada waktu sarapan.  

Sebagai pelancong, Tuk Tuk merupakan pengangkutan utama di kawasan ini namun anda boleh mendapatkan perkhidmatan teksi sekiranya diperlukan dan contact number boleh didapati di kaunter hotel yang berdekatan. Penduduk tempatan pula kebanyakkannya menggunakan pickup truck dan motor sebangai pengangkutan utama di kawasan terserbut. Ini mungkin disebabkan kerja rutin harian yang memerlukan mereka menggunakan pengangkutan seperti itu.

Salah satu sikap yang saya hormat di kawasan Satun ini adalah sikap meletakkan karpet pengelap kaki di pintu masuk. Hampir setiap pintu masuk diletakkan karpet tersebut dan hasilnya setiap bangunan sentiasa dalam keadaan yang bersih walaupun sewaktu hujan lebat. Tiada kesan kotoran pada lantai walaupun orang ramai keluar masuk. Boleh dilihat setiap mereka yang ingin masuk akan mengelap tapak kasut hingga bersih. Bayangkan hotel yang kami duduki turut meletakkan 3 - 4 karpet di pintu masuk




© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Town Of Satun 




© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Electricity Poles

Pemandangan seperti ini adalah biasa sekiranya anda berada di Thailand. Semasa pertama kali menjejakkan kaki ke Satun, Thailand anggapan saya adalah wayar - wayar elektrik yang berserabut sebegitu hanya ada di Satun, namun dalam perjalan ke Hat Yai, keadaan seperti ini adalah biasa. Terfikir sejenak bagaimana pihak berkaitan membuat penyelenggaraan wayar - wayar tersebut terutama dalam kecemasan. Haha. Ini boleh dikatakan sedikit, ada tiang yang lebih serabut terutama tiang yang menerima wayar elektrik dari 4 arah berbanding dua seperti gambar di atas..

Menyebut tentang hotel, kami menginap di The One Boutique Hotel yang telah ditempah awal menggunakan website booking.com. Secara jujurnya, urusan pemilihan hotel ini saya serahkan kepada isteri kerana selera beliau tidak seperti selera saya. Haha. Memudahkan lagi urusan, bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit.





© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | One Boutique Hotel, Satun



© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | One Boutique Hotel, Satun

Sedikit info mengenai The One Boutique Hotel, terletak di dalam kawasan pekan Satun beralamat Phiman, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand. (+66 74721 999). Customer service mereka fasih berbahasa Melayu, English dan Thailand. Jadi tiada masalah dalam komunikasi bagi sebarang urusan tempahan. Jenis unit yang ditempah oleh kami mempunyai satu katil queen, tv dengan rancangan Thailand, mini bar, set kettle dan cawan bersama serbuk kopi dan krimer, almari, free wifi dan tandas yang dilengkapi shower. Not so big, not so small, just nice. Breakfast is provided. Mungkin budaya di sini, sarapan disediakan dengan menu nasi berlauk seperti makanan tengahari. Haha. Perkara ini disahkan sendiri oleh En. Wan yang menetap di Satun. Kedudukan hotel di tepi jalan utama juga memudahkan bagi urusan mendapatkan Tuk Tuk sekiranya hendak ke sesuatu tempat atau hotel tersebut sendiri mempunyai contact number bagi menghubungi taxi sekiranya diperlukan.




© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Thailand Sim Card



Sampingan, ini merupakan sim card Thailand yang dibeli oleh saya atas cadangan En. Wan yang membantu kami dari segi pengangkutan di Satun. To be honest, saya tidak dapat untuk memberikan review mengenai sim card yang terbaik kerana saya sendiri pertama kali sampai ke Thailand, dan tiada pengalaman menggunakan jenis - jenis sim card yang ada. Haha. Tetapi rasanya kalau anda semua membuat sedikit homework, pasti ada yang telah membuat review mengenai sim card terbaik. Sim card yang saya beli ini harganya 250 baht iaitu sekitar RM26.00 (ambil kira RM10 bersamaan 100 baht). Ini sebenarnya bergantung kepada currency exchange, so tak perlu saya cerita panjang lebar. Anda hanya perlu mengemukakan passport untuk pihak mereka scan sebagai mendaftar akaun nombor sim card tersebut.



Sunday, August 18, 2019

FAMILY TRIP - TAMMALANG PIER JETTY, SATUN


© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Tammalang Pier Jetty, Satun


" We wander for distraction, but we travel for fulfilment "

- Hilaire Belloc -


Finally arrived di Tammalang Pier Jetty, Satun (Thailand) sekitar jam 6.30 petang waktu Thailand. Sedikit lewat dari ETA yang sepatutnya namun yang penting tiba dengan selamatnya. Alhamdulillah. Ingat post saya yang sebelum ini Langkawi To Satun? Feri saya beberapa minit awal sahaja berlepas sebelum berlakunya ribut kuat di utara Malaysia ekoran hentaman ekor Taufan Lekima dengan kelajuan 100.8 km per hour.

Setibanya di jeti ini, terasa seperti what to do next. Haha. Alhamdulillah juga mentua telah atur seorang sahabat yang menetap di Satun yang juga memberikan perkhidmatan sebagai travel agent untuk menyambut ketibaan kami di Jetty. Just call him Wan, sorang local Satun yang sangat berjiwa besar.


© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Tammalang Pier Jetty, Satun


Beginilah keadaan di Jeti Tammalang Pier saat ketibaan kami. Terus masuk dan kearah kiri untuk urusan pengesahan passport. Seperti post saya sebelum ini, waktu inilah kami ditegur akibat borang tidak di isi sepenuhnya. Haha. Maaf tiada gambar - gambar berkaitan memandangkan kawasan di dalam adalah zon larangan kamera.

Tammalang Pier Jetty merupakan salah satu port yang lengkap kemudahannya termasuk imigresen dan kastam Thailand untuk urusan pengesahan passport. Jarak dari Tammalang Pier ke pekan Satun juga tidak jauh, sekitar 20 minit perjalanan menggunakan kenderaan. Setibanya kami di sini, kami dihampiri beberapa orang juga yang fasih berbahasa melayu bertanyakan kepada kami memerlukan kenderaan atau tidak. Memandangkan kami telah diatur pergerakan, kami menolak dengan sopan tawaran mereka. Tetapi kelihatan ada pelancong - pelancong lain menerima tawaran mereka, namun tidak pasti berapa kos yang dikenakan. 

Masa yang diperlukan bagi urusan pengesahan passport bergantung kepada berapa ramai yang tiba dalam sesuatu masa. Pengalaman yang diperolehi, seeloknya segera keluar dari feri menuju ke Imigresen kerana semakin lewat kita bergerak, semakin panjang barisannya.

Perkara yang dilakukan ketika pengesahan passport :-

  • Semakan passport dan borang Imigresen Thailand
  • Pengecaman wajah dengan kamera yang terletak di kaunter
  • Pengsahan semua cap jari (tangan kiri dan kanan)
Setelah selesai boleh beransur keluar untuk meneruskan perjalanan. Sebelum itu, jangan lupa untuk bergambar dengan Mr. Crab. Icon utama di Tammalang Pier ini. Haha. Tak sah melawat disini kalau tiada gambar bersama Mr. Crab as per photo pertama.



© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Map of Langkawi - Satun


Sedikit gambaran mengenai kedudukan Langkawi dan Satun untuk rujukan. Tidak jauh sebenarnya. Sebenarnya terdapat hidden gem di Satun namun tidak sempat untuk kami singgah. Maybe next trip. Hehe. Banyak je blog dah tulis pasal hidden gem ni. Pandai2 la cari.


Next post : Check In Hotel di Satun dan keadaan pekan