My Nuffnang

Tuesday, April 26, 2016

PERSONAL | NEW BLOG OF MINE



© 2016 Hasif Rahman - New Blog | Chasing My Dreams

Tahun 2016, satu permulaan yang baru. Blog baru saya, mrhasifrahman.blogspot.com.

Sejak dahulu lagi ingin buat satu blog baru dengan menggunakan nama sendiri, tetapi "sentimental value" yang ada pada blog lama sering menjadi kekangan. Salah satu punca untuk mewujudkan blog baru adalah disebabkan "address" blog lama yang tidak begitu komersial. Maklumlah, blog tersebut dibuat semasa zaman sekolah. Bila ada "potential customer" yang bertanyakan blog untuk lihat portfolio secara online, terasa segan untuk berikan "address" blog.

Tahun 2016, salah satu impian adalah mula bergerak aktif dan secara serius dalam photography. Beberapa tahun sebelum ini, pelbagai "genre photography" telah saya cuba. Namun tidak semua dapat saya lakukan secara berterusan atas faktor kekangan masa kerana saya mempunyai kerja hakiki. Salah satu "genre" yang sukar bagi saya lakukan adalah "Wedding Photography". Bagi memastikan impian saya dalam photography masih dapat diteruskan, saya cuba "genre photography" yang berbeza dan boleh saya lakukan pada bila - bila masa dan tidak terikat dengan masa orang lain. Pada masa terkini, saya akan fokus pada Street Photography, Travel Photography, dan Toy Photography. Bagaimana pula dengan Portrait Photography? Ini akan difikirkan.

Sebelum ini juga ada dibuat dua blog berasingan bagi personal (Travel and Street Photography) dan Toy Photography. Tujuan asalnya adalah supaya blog kelihatan lebih fokus namun setelah dibuat, empunya blog pula tidak dapat fokus dan akhirnya kedua - dua blog kelihatan berhabuk kerana tidak dapat dikemaskini dengan lebih kerap. Itu juga merupakan salah satu sebab blog baru dibuat, segalanya di bawah satu nama, dan cara tajuk serta tagging yang lebih teratur akan membantu bagi membezakan. Flickr, dan Instagram turut berlaku perkara yang sama tetapi pengalaman mengajar, agak kelam kabut jadinya bila apa yang ada di blog, perlu ada di Flickr dan Instagram. Mungkin Flickr dan Instagram akan digunakan dengan kaedah yang berbeza dan tidak perlu terikat secara total dengan blog.

Permulaan yang pertama selalunya yang paling sukar bagi sesuatu impian. Namun usaha yang berterusan akan menjadikan perjalanan itu menarik. Mari jadikan 2016 sebagai tahun untuk menguatkan asas dunia photography. Sekian.