My Nuffnang

Wednesday, April 14, 2021

THAT KIND OF FEELING

 


© 2021 Hasif Rahman - Family | Harta Dunia Akhirat

Photos taken with Huawei Mate 30 / Powered by Leica


" A happy family is but an earlier heaven "

- George Bernard Shaw -



Mungkin ini hanya perasaan, yang ada pada mereka yang mempunyai anak sahaja.
Mungkin ini juga apa yang dirasakan oleh ibu bapa kita, saat membesarkan kita.
Mungkin ini juga menjawab kepada persoalan, kenapa ibu bapa kita tegas dalam membesarkan kita di samping sedaya upaya merealisasikan impian kita, keperluan kita, dan kehendak kita.
Mungkin ini juga menjawab kepada persoalan, kenapa kita sebagai ibu bapa, tewas kepada air mata anak-anak.

Kadang kala, saat duduk muhasabah diri, akan datang satu perasaan. Perasaan di mana kita rindu amat pada anak-anak walaupun setiap hari bersama mereka.
Akan datang satu perasaan, kita rasa kita hendak bersama mereka sampai bila-bila. Sampai mereka besar, punyai pasangan sendiri, punyai anak sendiri, saat mereka menghadapi kesukaran dan saat mereka memerlukan sokongan.

Rasa sedih memikirkan, mereka menghadapi dugaan hidup sendirian. 

Susah hendak dijelaskan, tetapi perasaan itu, secara ringkasnya, takut meninggalkan mereka.

Can they survive?

Sebab itu, selagi hidup, segala impian, keperluan dan kehendak mereka, saya cuba untuk realisasikan.
Kita umur semakin meningkat, entah panjang pendek umur.
Rasa terkilan sekiranya tidak ada saat mereka berjaya dalam pendidikan, bergambar bersama mereka memegang segulung ijazah
Rasa terkilan sekiranya tidak ada saat mereka mendapat pekerjaan yang baik, bersama-sama meraikan
Rasa terkilan sekiranya tidak ada saat mereka bernikah dengan pasangan masing-masing
Rasa terkilan sekiranya tidak ada saat mereka punyai anak pertama
Rasa terkilan sekiranya tida ada saat mereka susah

Perasaan di mana, kita mahu bersama mereka sepanjang hayat mereka.

Tapi apakan daya, kita ini hambaNya. Nyawa bukan ditentukan oleh kita
Hanya mampu berdoa

Murahkan rezeki ku
Panjangkan umur ku
Permudahkan urusan ku
Lapangkan hati ku

Semoga dengan makbulnya doa2 itu,
Segala nikmat dapat ku berikan kepada keluarga ku.

Amin.