My Nuffnang

Thursday, June 30, 2016

PHOTOGRAPHY | BOBA FETT


© 2016 Hasif Rahman - The Bounty Hunter | The Great Boba Fett


" There's a price on your head and I've come to collect"

- Star Wars Demolition (2000), Boba Fett -


Wednesday, June 29, 2016

PHOTOGRAPHY | NIGHT PATROL



© 2016 Hasif Rahman - Hoth Planet | Storm Trooper Patroling

Canon 6D with 40mm lens plus Macro Converter Lens

Hoth - This world of ice, snow, and strange beasts is the rebel's secret sanctuary - until they hear that Imperial snowtroopers, led by Darth Vader, are about to attack. The Rebels flee Hoth, and the snowtroopers have to find new ways to keep themselves busy...

- Page 59, Small Scenes Big Galaxy -

Berkesempatan pada malam ini untuk dapatkan satu scene Star Wars menggunakan Lego seolah - olah berada di Planet Hoth. Sepatutnya menggunakan Lego Minifigure Snow Troopers dan bukannya Storm Troopers, tetapi belum lagi membeli set tersebut. Maka terpaksalah menggunakan Storm Troopers. Kali ni dapat mengawal keadaan dengan lebih baik daripada sebelum ini. Arah pencahayaan juga dikenalpasti yang lebih bersesuaian. Cuma latar belakang perlu ditambah baik. Warna hitam dilihat terlalu kosong berbanding menggunakan warna kelabu. Mungkin juga perlu diletak props seperti batu bersalji dan sedikit pokok. Akan cuba tambah baik bagi scene berikutnya.

Set up menggunakan :-

Kertas Hitam
Baking Powder
Lego Storm Trooper
Lampu LED



Saturday, June 18, 2016

PHOTOGRAPHY | ITS WEEKEND !


© 2016 Hasif Rahman - Its Weekend | How I Spend My Weekend 


" Today was good. Today was fun. Tomorrow is another one "

- Dr. Seuss -




PERSONAL | HAPPY FATHERS DAY


© 2016 Hasif Rahman - Happy Fathers Day | Enny's Surprise


Kejutan daripada isteri, Happy Father's Day katanya. Audrey dan Ayah. Ok, terharu. Bukan hanya kad sahaja, tetapi bersekali dengan baju. Hehe. So baju ni akan tergolong bersama baju rare simpanan peribadi. Baju dia macam mana? Lihat gambar di bawah.


© 2016 Hasif Rahman - Happy Fathers Day | T-Shirt Custom Made


The Force is Strong with this one. Tidak lengkap jika tidak ambil gambar bersama Princess Leia (Audrey Marissa).



© 2016 Hasif Rahman - Happy Fathers Day | I Am Your Father..


Friday, June 17, 2016

PHOTOGRAPHY | NIGHT WALK



© 2016 Hasif Rahman - Trying New Things | Canon 6D + 40mm


Akibat daripada tidak dapat tidur, maka fikiran sedang rancak memikirkan idea baru untuk Lego Photography. Sedang mencuba sesuatu yang baru dengan mendapat ilham daripada Vesa Lehtimaki (boleh lihat hasil karya Lego Photography - Star Wars di dalam bukunya yang dijual dengan tajuk Small Scenes From A Big Galaxy) maka cubalah menggunapakai kaedahnya. Maka inilah hasilnya.

Secara jujurnya, masih banyak yang perlu diperbaiki jika menilai hasilnya. Antaranya adalah:-

1. Baking powder perlu ditapis lagi agar menjadi lebih halus dan nampak lebih realistik
2. Lighting yang lebih proper (Hanya gunakan lampu biasa)
3. Penambahan props seperti batu or pokok or dahan (Peralatan tidak mencukupi)
4. Salji yang turun (Tidak ada tripod dan release shutter sambil jatuhkan baking powder sebagai salji)
5. Background gambar gunung sekurang kurangnya (Background plain sangat)
6. Menggunakan lens yang tidak sesuai (Hanya guna 40mm)

Satu perkara yang saya kagum dengan Vesa Lehtimaki ini adalah, konsepnya adalah tiada elemen manipulasi. Semuanya adalah Straight Out Of Camera. Jika photoshop sekalipun, lebih kepada editing yang biasa seperti contrast, saturation, brightness, clone stamp dan lain - lain. Mungkin anda boleh beli buku tersebut dan lihat gambar - gambarnya. Sangat tertarik dengan cara lightingnya. Mungkin esok akan cuba sekali lagi dengan penambahbaikan yang lebih baik.


Wednesday, June 15, 2016

PERSONAL | AFTER A LONG OUTSTATION


© 2016 Hasif Rahman - Back To Office | Feeling The Blues

Setelah beberapa hari tidak menjejakkan kaki di pejabat kerana membuat lawatan kerja di luar, terasa satu bebanan yang berat di kepala. Walaupun esok adalah hari Khamis, terasa seperti esok adalah Isnin setelah cuti hari minggu. Tidak dinafikan, "Monday Blues" melanda diri ini. Terasa diri berada dalam keadaan tidak terurus dan memahami begitu banyak kerja yang sedang menanti di pejabat. Mungkin itu yang isteri saya asyik kata, kita perlukan satu percutian, yang boleh meneutralkan segala stress yang melanda. Hmm...


Sunday, June 5, 2016

PHOTOGRAPHY | GENIE IN DA LAMP


© 2016 Hasif Rahman - Lego Photography | I Wish..


Saya harap impian - impian saya semua akan termakbul. Mungkin ada diantaranya seperti impian kanak - kanak, mungkin ada diantaranya seperti tidak mendatangkan hasil, mungkin ada diantaranya tidak penting untuk dicapai, dan mungkin ada diantaranya dilihat seperti membazir. Namun impian tersebut adalah impian saya, dan saya tidak punya tugas untuk memiliki impian yang menggembirakan orang lain. Love yourself first. Dimana agaknya boleh saya cari Lampu Ajaib. Hanya satu permintaan sudah mencukupi bagi memakbulkan ribuan impian. Sigh~


PERSONAL | LEGO MINIFIGURES DISNEY


© 2016 Hasif Rahman - Lego | Minifigures Disney

Baru hari ini ada masa untuk buka semua paket Lego Minifigures Disney Series. Untuk siri kali ini ada 18 jenis yang berbeza berbanding Lego Minifigures Series yang hanya ada 16 sahaja. Siri kali ini tidak menghampakan kerana setiap watak adalah unik dan mempunyai jalan cerita yang tersendiri. Bagi yang mereka lahir sekitar 80an tentu kenal watak - watak tersebut kecuali dari cerita Lilo and Stitch, Toy Story dan The Incredibles yang agak baru ceritanya. Ikutkan banyak lagi watak - watak yang tiada dalam ini, menunjukkan akan ada siri kedua bagi kategori Disney di masa akan datang, mungkin. Mari kita lihat apa yang boleh dibuat dengan siri kali ini. Hey ho !