My Nuffnang

Showing posts with label travel photography. Show all posts
Showing posts with label travel photography. Show all posts

Sunday, August 25, 2019

FAMILY TRIP - SATUN ITSELF


© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Town Of Satun 


" One's destination is never a place, but a new way of seeing things "

- Henry Miller -


Satun merupakan salah satu wilayah Thailand yang terletak di Selatan Thailand berjirankan Trang, Phattalung dan Songkhla serta bersempadan dengan Perlis. Satun merupakan antara wilayah di Thailand yang masih terdapat orangnya yang boleh bertutur Bahasa Melayu dengan fasih serta beragama Islam memudahkan lagi jika anda ingin berkomunikasi bagi membuat sesuatu urusan. Secara jujurnya terdapat banyak hidden gem di Satun yang menjadi kegemaran para traveller cuma kali ini saya tidak dapat untuk mencubanya dek kekangan masa kerana tujuan utama ke Satun adalah untuk menjalankan ibadah qurban dan aqiqah untuk anak - anak yang telah dirancang sejak tahun lepas lagi. There's always next time.

Not really into copy paste any info about Satun in Google, tetapi ini sedikit review berdasarkan pengalaman sendiri berada di Satun selama 3 hari 2 malam. Satun merupakan wilayah di mana kawasannya lebih kepada berbentuk pekan kampung iaitu secara kasarnya, Satun ini seperti Pekan Kuala Pilah atau Pekan Bahau. Boleh dikatakan hampir 80% keadaanya sebegitu dimana pekannya terdapat deretan kedai runcit yang agak lama binaannya dan turut mempunyai pasaraya besar seperti Big C, Tesco dan Makro. Kebanyakkan perniagaan tutup pada lewat petang membuatkan kawasan pekan sedikit mati pada waktu malam.




© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Town Of Satun 

Bagi pelancong yang beragama Islam, anda tidak perlu risau untuk mencari kedai makan yang halal di kawasan ini memandangkan terdapat ramai peniaga yang bergama Islam. Menyebut mengenai makanan, saya dapati sarapan pagi mereka berbentuk nasi berlauk seperti makan tengahari. Bayangkan pada waktu sarapan, kami disediakan nasi putih, tom yam ayam, sayur campur, ulam ulaman dan sambal belacan. Haha. Namun jangan risau, disediakan juga bubur berlauk, spagetti atau roti sekiranya anda tidak lalu untuk makan berat pada waktu sarapan.  

Sebagai pelancong, Tuk Tuk merupakan pengangkutan utama di kawasan ini namun anda boleh mendapatkan perkhidmatan teksi sekiranya diperlukan dan contact number boleh didapati di kaunter hotel yang berdekatan. Penduduk tempatan pula kebanyakkannya menggunakan pickup truck dan motor sebangai pengangkutan utama di kawasan terserbut. Ini mungkin disebabkan kerja rutin harian yang memerlukan mereka menggunakan pengangkutan seperti itu.

Salah satu sikap yang saya hormat di kawasan Satun ini adalah sikap meletakkan karpet pengelap kaki di pintu masuk. Hampir setiap pintu masuk diletakkan karpet tersebut dan hasilnya setiap bangunan sentiasa dalam keadaan yang bersih walaupun sewaktu hujan lebat. Tiada kesan kotoran pada lantai walaupun orang ramai keluar masuk. Boleh dilihat setiap mereka yang ingin masuk akan mengelap tapak kasut hingga bersih. Bayangkan hotel yang kami duduki turut meletakkan 3 - 4 karpet di pintu masuk




© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Town Of Satun 




© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Electricity Poles

Pemandangan seperti ini adalah biasa sekiranya anda berada di Thailand. Semasa pertama kali menjejakkan kaki ke Satun, Thailand anggapan saya adalah wayar - wayar elektrik yang berserabut sebegitu hanya ada di Satun, namun dalam perjalan ke Hat Yai, keadaan seperti ini adalah biasa. Terfikir sejenak bagaimana pihak berkaitan membuat penyelenggaraan wayar - wayar tersebut terutama dalam kecemasan. Haha. Ini boleh dikatakan sedikit, ada tiang yang lebih serabut terutama tiang yang menerima wayar elektrik dari 4 arah berbanding dua seperti gambar di atas..

Menyebut tentang hotel, kami menginap di The One Boutique Hotel yang telah ditempah awal menggunakan website booking.com. Secara jujurnya, urusan pemilihan hotel ini saya serahkan kepada isteri kerana selera beliau tidak seperti selera saya. Haha. Memudahkan lagi urusan, bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit.





© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | One Boutique Hotel, Satun



© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | One Boutique Hotel, Satun

Sedikit info mengenai The One Boutique Hotel, terletak di dalam kawasan pekan Satun beralamat Phiman, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand. (+66 74721 999). Customer service mereka fasih berbahasa Melayu, English dan Thailand. Jadi tiada masalah dalam komunikasi bagi sebarang urusan tempahan. Jenis unit yang ditempah oleh kami mempunyai satu katil queen, tv dengan rancangan Thailand, mini bar, set kettle dan cawan bersama serbuk kopi dan krimer, almari, free wifi dan tandas yang dilengkapi shower. Not so big, not so small, just nice. Breakfast is provided. Mungkin budaya di sini, sarapan disediakan dengan menu nasi berlauk seperti makanan tengahari. Haha. Perkara ini disahkan sendiri oleh En. Wan yang menetap di Satun. Kedudukan hotel di tepi jalan utama juga memudahkan bagi urusan mendapatkan Tuk Tuk sekiranya hendak ke sesuatu tempat atau hotel tersebut sendiri mempunyai contact number bagi menghubungi taxi sekiranya diperlukan.




© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Thailand Sim Card



Sampingan, ini merupakan sim card Thailand yang dibeli oleh saya atas cadangan En. Wan yang membantu kami dari segi pengangkutan di Satun. To be honest, saya tidak dapat untuk memberikan review mengenai sim card yang terbaik kerana saya sendiri pertama kali sampai ke Thailand, dan tiada pengalaman menggunakan jenis - jenis sim card yang ada. Haha. Tetapi rasanya kalau anda semua membuat sedikit homework, pasti ada yang telah membuat review mengenai sim card terbaik. Sim card yang saya beli ini harganya 250 baht iaitu sekitar RM26.00 (ambil kira RM10 bersamaan 100 baht). Ini sebenarnya bergantung kepada currency exchange, so tak perlu saya cerita panjang lebar. Anda hanya perlu mengemukakan passport untuk pihak mereka scan sebagai mendaftar akaun nombor sim card tersebut.



Sunday, August 18, 2019

FAMILY TRIP - TAMMALANG PIER JETTY, SATUN


© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Tammalang Pier Jetty, Satun


" We wander for distraction, but we travel for fulfilment "

- Hilaire Belloc -


Finally arrived di Tammalang Pier Jetty, Satun (Thailand) sekitar jam 6.30 petang waktu Thailand. Sedikit lewat dari ETA yang sepatutnya namun yang penting tiba dengan selamatnya. Alhamdulillah. Ingat post saya yang sebelum ini Langkawi To Satun? Feri saya beberapa minit awal sahaja berlepas sebelum berlakunya ribut kuat di utara Malaysia ekoran hentaman ekor Taufan Lekima dengan kelajuan 100.8 km per hour.

Setibanya di jeti ini, terasa seperti what to do next. Haha. Alhamdulillah juga mentua telah atur seorang sahabat yang menetap di Satun yang juga memberikan perkhidmatan sebagai travel agent untuk menyambut ketibaan kami di Jetty. Just call him Wan, sorang local Satun yang sangat berjiwa besar.


© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Tammalang Pier Jetty, Satun


Beginilah keadaan di Jeti Tammalang Pier saat ketibaan kami. Terus masuk dan kearah kiri untuk urusan pengesahan passport. Seperti post saya sebelum ini, waktu inilah kami ditegur akibat borang tidak di isi sepenuhnya. Haha. Maaf tiada gambar - gambar berkaitan memandangkan kawasan di dalam adalah zon larangan kamera.

Tammalang Pier Jetty merupakan salah satu port yang lengkap kemudahannya termasuk imigresen dan kastam Thailand untuk urusan pengesahan passport. Jarak dari Tammalang Pier ke pekan Satun juga tidak jauh, sekitar 20 minit perjalanan menggunakan kenderaan. Setibanya kami di sini, kami dihampiri beberapa orang juga yang fasih berbahasa melayu bertanyakan kepada kami memerlukan kenderaan atau tidak. Memandangkan kami telah diatur pergerakan, kami menolak dengan sopan tawaran mereka. Tetapi kelihatan ada pelancong - pelancong lain menerima tawaran mereka, namun tidak pasti berapa kos yang dikenakan. 

Masa yang diperlukan bagi urusan pengesahan passport bergantung kepada berapa ramai yang tiba dalam sesuatu masa. Pengalaman yang diperolehi, seeloknya segera keluar dari feri menuju ke Imigresen kerana semakin lewat kita bergerak, semakin panjang barisannya.

Perkara yang dilakukan ketika pengesahan passport :-

  • Semakan passport dan borang Imigresen Thailand
  • Pengecaman wajah dengan kamera yang terletak di kaunter
  • Pengsahan semua cap jari (tangan kiri dan kanan)
Setelah selesai boleh beransur keluar untuk meneruskan perjalanan. Sebelum itu, jangan lupa untuk bergambar dengan Mr. Crab. Icon utama di Tammalang Pier ini. Haha. Tak sah melawat disini kalau tiada gambar bersama Mr. Crab as per photo pertama.



© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Map of Langkawi - Satun


Sedikit gambaran mengenai kedudukan Langkawi dan Satun untuk rujukan. Tidak jauh sebenarnya. Sebenarnya terdapat hidden gem di Satun namun tidak sempat untuk kami singgah. Maybe next trip. Hehe. Banyak je blog dah tulis pasal hidden gem ni. Pandai2 la cari.


Next post : Check In Hotel di Satun dan keadaan pekan


Friday, August 16, 2019

FAMILY TRIP - LANGKAWI TO SATUN



© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Langkawi to Satun


" The gladdest moment in human life is a departure into unknown lands "


- Sir Richard Burton -


Dari Langkawi ke Satun atau lebih tepat lagi dari Jeti Kuah ke Jeti Tammalang Pier. Perjalanan menggunakan laut sebagai medium perhubungan yang mengambil masa kira - kira 1 jam 15 minit bergantung jua kepada keadaan cuaca kerana ia akan mempengaruhi keadaan ombak sepanjang perjalanan. Alhamdulillah kami sekeluarga mengharungi perjalanan yang tenang, walaupun beberapa minit selepas itu Utara Malaysia dan Selatan Thailan berlakunya ribut kuat akibat dilanda ekor Taufan Lekima dengan kelajuan 100.8 km per hour. Kalau terlewat sedikit, boleh melambung - lambung dibuatnya. Kenapa guna ferry? Kerana lebih mudah naik flight ke Langkawi dan kemudian ke Satun daripada flight ke Hat Yai dan kemudian ke Satun. Kenapa Satun, akan diceritakan di post yang lain.

So here it goes, Day 1: Family Trip - Langkawi to Satun. Satu pengalaman yang berharga dan juga menarik menggunakan perkhidmatan feri dari Jeti Kuah Langkawi ke Jeti Tammalang Pier Satun. Every first time is the best moment in life. Sama ada kita bergembira dengannya atau lesson learned. Untuk kali ini boleh dikatakan both !


© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Kaunter Feri Satun Thailand

Setibanya kami di Lapangan Terbang Antarabangsa, Langkawi sekitar jam 1.30 petang, kami terus menggunakan perkhidmatan Grab untuk ke Jeti Kuah. Perjalanan sejauh 20km mengambil masa kira - kira 30 minit sahaja dan memandangkan pada waktu itu bukanlah waktu puncak, keadaan tidak sesak seperti hari minggu. Sempat berbual dengan pemandu Grab tersebut, saya menyatakan hasrat kami ke Langkawi menggunakan penerbangan Air Asia adalah sebagai transit sahaja dimana tujuan sebenarnya adalah untuk ke Jeti Kuah bagi menggunakan perkhidmatan feri ke Satun. Pemandu Grab tersebut memberikan kerjasama yang baik membantu kami dengan menurunkan kami betul - betul di hadapan barisan kaunter perkhidmatan feri. Hanya dengan sekali imbas sahaja, kami menemui kaunter yang dicari, SATUN THAILAND - Langkawi Ferry Services Sdn. Bhd.

Alhamdulillah dipermudahkan urusan, tiada ramai orang yang beratur di kaunter tersebut. Mungkin kerana di ambang sambutan Aidiladha, ramai yang pulang ke kampung halaman masing - masing daripada keluar bercuti. Kenapa saya kata dipermudahkan urusan? Berikut merupakan perkara - perkara yang perlu diambil perhatian bagi urusan menggunakan perkhidmatan feri Langkawi ke Satun. :-

  • Tiket Langkawi - Satun hanya boleh dibeli di kaunter sahaja. 
  • ETA 1 Jam 15 Minit. (Expect delay in schedule)
  • Dua waktu pelepasan sahaja sehari iaitu jam 9.30 pagi dan 5.15 petang
  • Kadar sehala adalah Adult (13>) RM35, Child (5-12) RM28, Infant (1-4) RM12
  • Passport diperlukan petugas kaunter bagi urusan pembelian tiket
  • Sekeping borang Imigresen Thailand akan diberi dan perlu diisi sebelum tiba di Satun



© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Borang Imigresen Thailand


Borang Imigresen Thailand ini mudah sahaja untuk diisikan, as per photo. Ini saya isi bagi anak saya Audrey, jadi ruangan seperti Occupation, Visa No. saya kosongkan. Ruangan Flight dan Vehicle juga saya kosongkan kerana saya menggunakan perkhidmatan feri. Cuma satu yang saya dimarah oleh pihak Imigresen Thailand adalah kerana membiarkan ruangan Stay In Thailand kosong. Sepatutnya saya hanya isi Satun sahaja dah selesai. Haha. Lesson learned. Sian dengan isteri sekali kena marah. Hahaha. Mana la kita nak tahu, first time kan. Borang ini ada slip yang terlipat dibelakangnya. Slip tersebut sila simpan dan JANGAN hilangkan. Nanti saya tunjuk rupa kepingan slip tu di post terarkhir. Setiap borang Imigresen Thailand ini sila selitkan di setiap passport yang berkenaan kerana pihak Imigresen Thailand akan cross check.


© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Tiket Feri Langkawi - Satun




© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Waiting Area Departure Satun Thailand


Selepas selesai urusan pembelian tiket, jika ada banyak masa lagi, boleh lepak di sekitar jeti tersebut. Banyak kedai makan atau boleh Grab ke tempat lain namun pastikan kembali ke lokasi Waiting Area ini yang terdapat di dalam kompleks jeti tersebut sekurang - kurangnya 30 minit sebelum waktu pelepasan. memandangkan saya selesai membeli tiket sekitar jam 2.30 petang, saya lepak makan dan minum sahaja di area tersebut. Jimatkan bajet, kurangkan kelam kabut. Sempat juga meronda sekitar berdekatan. Rupanya dekat juga dengan lokasi Dataran Lang Langkawi. Audrey dan Sayf as usual, kids will be kids, lari ke sana sini and dad will be dad, Mufasa mode all the time. Huuu...


© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | View Datarang Lang from Jeti Kuah Langkawi

Sekitar jam 5.00 petang, pintu Berlepas Antarabangsa dibuka dan semua beratur di kaunter Imigresen Malaysia bagi pengesahan passport dan tapisan keselamatan seperti biasa bagi yang membawa bagasi. Selesai urusan tersebut, semua ditempatkan di ruangan menunggu menanti ketibaan feri Langkawi - Satun. Sedikit tips dari pengalaman, seeloknya beli sedikit jajan dan minuman sebelum pintu Berlepas Antarabangsa dibuka kerana selepas itu tiada lagi kedai yang menjual termasuk di Jeti Tammalang Pier nanti.



© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Ruangan Menunggu Feri Pintu D dan Pemandangan Luar


Kena masa yang sesuai dan cuaca yang baik, cantik pemandangannya. Seperti gambar pertama di dalam post ini, anak saya Sayf sendiri terpegun dengan pemandangan tersebut. Luas mata memandang. Wahhh...kedengaran suara Sayf. Kalau anda perhatikan dalam gambar, begitulah rupa feri tersebut. Sedikit sebanyak menyerupai feri di Pangkor (Jeti Marina ke Jeti Pangkor) cuma lebih besar sedikit rasanya. Waktu menunggu sekitar 20-25 minit dan akhirnya pintu D dibuka dan disini tiket feri akan diperiksa oleh pegawai bertugas.




© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Fery Langkawi Satun 

Maaf tiada gambar interior dalaman feri memandangkan orang ramai sedang masuk untuk mencari tempat duduk. Namun sebagai gambaran kasar, feri tersebut dalam keadaan bersih dan selesa berbanding di Pangkor. Kerusi juga empuk dan selesa. Sepanjang perjalanan, terdapat movie yang ditayangkan namun kadang kala sangkut kerana gegaran feri. Boleh dikatakan mungkin pihak feri menggunakan VCD or DVD player. Hampir setiap bahagian di feri tersebut digantung plastik kecil. Pada awalnya saya fikir apakah kegunaannya, rupanya plastik itu sebagai persediaan sekiranya ada yang mabuk laut dan perlu membuang. Haha. Kerusi dilabel mengikut no seperti di dalam tiket. So tiada isu first come first serve. Just follow the rules. Anak - anak boleh tertidur juga semasa perjalanan. Feri pun tiadalah bergoyang seperti kapal lanun, jadi kalau nak kata mabuk laut tu agak mustahil kecuali jika cuaca tidak baik. (Mungkin sebab itu plastik disediakan)

Next post ! Ketibaan kami di Jeti Tammalang Pier, Satun. Wait for it ! Tada~



Tuesday, April 26, 2016

PERSONAL | NEW BLOG OF MINE



© 2016 Hasif Rahman - New Blog | Chasing My Dreams

Tahun 2016, satu permulaan yang baru. Blog baru saya, mrhasifrahman.blogspot.com.

Sejak dahulu lagi ingin buat satu blog baru dengan menggunakan nama sendiri, tetapi "sentimental value" yang ada pada blog lama sering menjadi kekangan. Salah satu punca untuk mewujudkan blog baru adalah disebabkan "address" blog lama yang tidak begitu komersial. Maklumlah, blog tersebut dibuat semasa zaman sekolah. Bila ada "potential customer" yang bertanyakan blog untuk lihat portfolio secara online, terasa segan untuk berikan "address" blog.

Tahun 2016, salah satu impian adalah mula bergerak aktif dan secara serius dalam photography. Beberapa tahun sebelum ini, pelbagai "genre photography" telah saya cuba. Namun tidak semua dapat saya lakukan secara berterusan atas faktor kekangan masa kerana saya mempunyai kerja hakiki. Salah satu "genre" yang sukar bagi saya lakukan adalah "Wedding Photography". Bagi memastikan impian saya dalam photography masih dapat diteruskan, saya cuba "genre photography" yang berbeza dan boleh saya lakukan pada bila - bila masa dan tidak terikat dengan masa orang lain. Pada masa terkini, saya akan fokus pada Street Photography, Travel Photography, dan Toy Photography. Bagaimana pula dengan Portrait Photography? Ini akan difikirkan.

Sebelum ini juga ada dibuat dua blog berasingan bagi personal (Travel and Street Photography) dan Toy Photography. Tujuan asalnya adalah supaya blog kelihatan lebih fokus namun setelah dibuat, empunya blog pula tidak dapat fokus dan akhirnya kedua - dua blog kelihatan berhabuk kerana tidak dapat dikemaskini dengan lebih kerap. Itu juga merupakan salah satu sebab blog baru dibuat, segalanya di bawah satu nama, dan cara tajuk serta tagging yang lebih teratur akan membantu bagi membezakan. Flickr, dan Instagram turut berlaku perkara yang sama tetapi pengalaman mengajar, agak kelam kabut jadinya bila apa yang ada di blog, perlu ada di Flickr dan Instagram. Mungkin Flickr dan Instagram akan digunakan dengan kaedah yang berbeza dan tidak perlu terikat secara total dengan blog.

Permulaan yang pertama selalunya yang paling sukar bagi sesuatu impian. Namun usaha yang berterusan akan menjadikan perjalanan itu menarik. Mari jadikan 2016 sebagai tahun untuk menguatkan asas dunia photography. Sekian.