© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Langkawi to Satun
" The gladdest moment in human life is a departure into unknown lands "
- Sir Richard Burton -
Dari Langkawi ke Satun atau lebih tepat lagi dari Jeti Kuah ke Jeti Tammalang Pier. Perjalanan menggunakan laut sebagai medium perhubungan yang mengambil masa kira - kira 1 jam 15 minit bergantung jua kepada keadaan cuaca kerana ia akan mempengaruhi keadaan ombak sepanjang perjalanan. Alhamdulillah kami sekeluarga mengharungi perjalanan yang tenang, walaupun beberapa minit selepas itu Utara Malaysia dan Selatan Thailan berlakunya ribut kuat akibat dilanda ekor Taufan Lekima dengan kelajuan 100.8 km per hour. Kalau terlewat sedikit, boleh melambung - lambung dibuatnya. Kenapa guna ferry? Kerana lebih mudah naik flight ke Langkawi dan kemudian ke Satun daripada flight ke Hat Yai dan kemudian ke Satun. Kenapa Satun, akan diceritakan di post yang lain.
So here it goes, Day 1: Family Trip - Langkawi to Satun. Satu pengalaman yang berharga dan juga menarik menggunakan perkhidmatan feri dari Jeti Kuah Langkawi ke Jeti Tammalang Pier Satun. Every first time is the best moment in life. Sama ada kita bergembira dengannya atau lesson learned. Untuk kali ini boleh dikatakan both !
© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Kaunter Feri Satun Thailand
Setibanya kami di Lapangan Terbang Antarabangsa, Langkawi sekitar jam 1.30 petang, kami terus menggunakan perkhidmatan Grab untuk ke Jeti Kuah. Perjalanan sejauh 20km mengambil masa kira - kira 30 minit sahaja dan memandangkan pada waktu itu bukanlah waktu puncak, keadaan tidak sesak seperti hari minggu. Sempat berbual dengan pemandu Grab tersebut, saya menyatakan hasrat kami ke Langkawi menggunakan penerbangan Air Asia adalah sebagai transit sahaja dimana tujuan sebenarnya adalah untuk ke Jeti Kuah bagi menggunakan perkhidmatan feri ke Satun. Pemandu Grab tersebut memberikan kerjasama yang baik membantu kami dengan menurunkan kami betul - betul di hadapan barisan kaunter perkhidmatan feri. Hanya dengan sekali imbas sahaja, kami menemui kaunter yang dicari, SATUN THAILAND - Langkawi Ferry Services Sdn. Bhd.
Alhamdulillah dipermudahkan urusan, tiada ramai orang yang beratur di kaunter tersebut. Mungkin kerana di ambang sambutan Aidiladha, ramai yang pulang ke kampung halaman masing - masing daripada keluar bercuti. Kenapa saya kata dipermudahkan urusan? Berikut merupakan perkara - perkara yang perlu diambil perhatian bagi urusan menggunakan perkhidmatan feri Langkawi ke Satun. :-
- Tiket Langkawi - Satun hanya boleh dibeli di kaunter sahaja.
- ETA 1 Jam 15 Minit. (Expect delay in schedule)
- Dua waktu pelepasan sahaja sehari iaitu jam 9.30 pagi dan 5.15 petang
- Kadar sehala adalah Adult (13>) RM35, Child (5-12) RM28, Infant (1-4) RM12
- Passport diperlukan petugas kaunter bagi urusan pembelian tiket
- Sekeping borang Imigresen Thailand akan diberi dan perlu diisi sebelum tiba di Satun
© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Borang Imigresen Thailand
Borang Imigresen Thailand ini mudah sahaja untuk diisikan, as per photo. Ini saya isi bagi anak saya Audrey, jadi ruangan seperti Occupation, Visa No. saya kosongkan. Ruangan Flight dan Vehicle juga saya kosongkan kerana saya menggunakan perkhidmatan feri. Cuma satu yang saya dimarah oleh pihak Imigresen Thailand adalah kerana membiarkan ruangan Stay In Thailand kosong. Sepatutnya saya hanya isi Satun sahaja dah selesai. Haha. Lesson learned. Sian dengan isteri sekali kena marah. Hahaha. Mana la kita nak tahu, first time kan. Borang ini ada slip yang terlipat dibelakangnya. Slip tersebut sila simpan dan JANGAN hilangkan. Nanti saya tunjuk rupa kepingan slip tu di post terarkhir. Setiap borang Imigresen Thailand ini sila selitkan di setiap passport yang berkenaan kerana pihak Imigresen Thailand akan cross check.
© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Tiket Feri Langkawi - Satun
© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Waiting Area Departure Satun Thailand
Selepas selesai urusan pembelian tiket, jika ada banyak masa lagi, boleh lepak di sekitar jeti tersebut. Banyak kedai makan atau boleh Grab ke tempat lain namun pastikan kembali ke lokasi Waiting Area ini yang terdapat di dalam kompleks jeti tersebut sekurang - kurangnya 30 minit sebelum waktu pelepasan. memandangkan saya selesai membeli tiket sekitar jam 2.30 petang, saya lepak makan dan minum sahaja di area tersebut. Jimatkan bajet, kurangkan kelam kabut. Sempat juga meronda sekitar berdekatan. Rupanya dekat juga dengan lokasi Dataran Lang Langkawi. Audrey dan Sayf as usual, kids will be kids, lari ke sana sini and dad will be dad, Mufasa mode all the time. Huuu...
© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | View Datarang Lang from Jeti Kuah Langkawi
Sekitar jam 5.00 petang, pintu Berlepas Antarabangsa dibuka dan semua beratur di kaunter Imigresen Malaysia bagi pengesahan passport dan tapisan keselamatan seperti biasa bagi yang membawa bagasi. Selesai urusan tersebut, semua ditempatkan di ruangan menunggu menanti ketibaan feri Langkawi - Satun. Sedikit tips dari pengalaman, seeloknya beli sedikit jajan dan minuman sebelum pintu Berlepas Antarabangsa dibuka kerana selepas itu tiada lagi kedai yang menjual termasuk di Jeti Tammalang Pier nanti.
© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Ruangan Menunggu Feri Pintu D dan Pemandangan Luar
Kena masa yang sesuai dan cuaca yang baik, cantik pemandangannya. Seperti gambar pertama di dalam post ini, anak saya Sayf sendiri terpegun dengan pemandangan tersebut. Luas mata memandang. Wahhh...kedengaran suara Sayf. Kalau anda perhatikan dalam gambar, begitulah rupa feri tersebut. Sedikit sebanyak menyerupai feri di Pangkor (Jeti Marina ke Jeti Pangkor) cuma lebih besar sedikit rasanya. Waktu menunggu sekitar 20-25 minit dan akhirnya pintu D dibuka dan disini tiket feri akan diperiksa oleh pegawai bertugas.
© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Fery Langkawi Satun
Maaf tiada gambar interior dalaman feri memandangkan orang ramai sedang masuk untuk mencari tempat duduk. Namun sebagai gambaran kasar, feri tersebut dalam keadaan bersih dan selesa berbanding di Pangkor. Kerusi juga empuk dan selesa. Sepanjang perjalanan, terdapat movie yang ditayangkan namun kadang kala sangkut kerana gegaran feri. Boleh dikatakan mungkin pihak feri menggunakan VCD or DVD player. Hampir setiap bahagian di feri tersebut digantung plastik kecil. Pada awalnya saya fikir apakah kegunaannya, rupanya plastik itu sebagai persediaan sekiranya ada yang mabuk laut dan perlu membuang. Haha. Kerusi dilabel mengikut no seperti di dalam tiket. So tiada isu first come first serve. Just follow the rules. Anak - anak boleh tertidur juga semasa perjalanan. Feri pun tiadalah bergoyang seperti kapal lanun, jadi kalau nak kata mabuk laut tu agak mustahil kecuali jika cuaca tidak baik. (Mungkin sebab itu plastik disediakan)
Next post ! Ketibaan kami di Jeti Tammalang Pier, Satun. Wait for it ! Tada~
No comments:
Post a Comment