My Nuffnang

Thursday, August 15, 2019

FAMILY TRIP - PREPARATION FOR THAILAND


© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | The Preparation


" It is not the destination where you end up but the mishaps and memories you create along the way "


- Anonymous -


Semuanya telah dirancang sejak tahun lepas lagi tetapi semua persiapan dibuat pada bulan lepas. Urusan untuk membuat passport anak - anak, pertukaran matawang, aturcara perjalanan, tempahan tiket kapal terbang, tempahan tiket ETS, tempahan hotel, tempahan pengangkutan dan sebagainya. Yeah, agak terasa tekanan disitu walaupun bukan buat semuanya sendiri. Kenapa tekanan? :-

Ini adalah pertama kali saya melancong ke luar negara !

Yeah, betul. Kali pertama. Umur dah 33 tahun (2019), baru dapat peluang untuk melancong ke luar negara. Begitulah hidup kalau asalnya kita bukan dari golongan orang yang senang. Dahulu masa zaman muda mudi, dapat pergi ke bandar Kuala Lumpur pun terasa seperti pergi ke Kota London. Banyak pengalaman dan pengajaran yang diperolehi kali ini. How to get close to local, how to adapt with new culture, the good and bad things and a lot more. Walaupun begitu banyak pengalaman dan pengajaran yang saya perolehi, saya masih mengalami masalah yang sama iaitu tidak tahu cara - cara untuk menempah tiket penerbangan. Hahahaha. Itu semua biar isteri yang uruskan.

Jadi, negara bertuah mana menjadi yang pertama untuk diri ini? Sudah tentunya Thailand (Satun dan Hat Yai). Sebut mengenai perancangan, urusan sebenarnya adalah ke Satun sahaja kerana keluarga telah merancang untuk mengadakan ibadah Qurban dan Aqiqah di satu perkampungan muslim. (akan diceritakan di post yang lain). Mengambil kesempatan itu, kita selitkan juga aktiviti pelancongan bersama keluarga. Memandangkan masa dan bajet agak terhad, kita memilih Hat Yai sebagai destinasi atas faktor jarak dan kemudahan pengangkutan.




Seperti biasa, tabiat apabila melancong di dalam negara digunapakai untuk melancong di luar negara iaitu membuat sedikit "homework" mengenai tempat tersebut. Tempat yang wajib dilawati dan makan an yang wajib dicuba. Saya hanya guna buku latihan sekolah sahaja. Jimat dan mudah dibawa. Mungkin ada yang kata nanti mudah rosak dan kotor, tetapi bagi saya rosak dan kotor itu yang membuatkan buku tersebut nampak lagi bernilai, looks vintage. Semua maklumat saya cari di blog, Facebook, review yang ada di google maps, dan sebagainya. Buku ini bukan siap dalam sehari, tetapi memakan masa hampir dua minggu. Seronok untuk membuatnya walaupun kadang kala terasa sedikit tekanan kerana info yang dicari tidak dapat diperolehi.

Setelah selesai membuat senarai tersebut, saya akan susun ikut perancangan harian agar nanti memudahkan perjalanan dan juga membantu dari segi penyediaan bajet. Ada juga daripada senarai tersebut yang saya potong terutama sekiranya review terlalu banyak yang negatif seperti mahal, bahaya, ada alternatif yang lebih baik dan sebagainya. Terpaksa dibuat begitu kerana melancong bersama keluarga bukan mudah berbanding solo. Bajet sangat kritikal dalam isu ini. Contohnya bila pergi bersarapan, bukan boleh kita bayar asing - asing. Haha. Berada pula di tempat orang, semua pergerakan akan memerlukan penggunaan transportation dimana ini juga semua akan melibatkan kos. Sebab itu penting adanya perancangan supaya kos pengangkutan dapat di kurangkan juga. Kalau sendiri or cuma berdua dengan isteri, jalan kaki pun tiada isu, tetapi bila ada dua anak kecil berumur 4 tahun dan 2 tahun, sedikit bebanan di situ jika tidak menggunakan medium transportation yang bersesuaian.

Sedikit checklist diri ini yang turut dicatat dalam buku tersebut :-


  • Menempah tiket penerbangan ke Langkawi
  • Menempah tiket feri dari Langkawi ke Satun
  • Passport (Hasif, Enny, Audrey, Sayf)
  • Kelulusan bercuti luar negara (Sebagai Penjawat Awam)
  • Memaklumkan kepada Kedutaan Malaysia di Thailand
  • Travel Insurance
  • Tempahan Hotel Satun
  • Tempahan Hotel Hat Yai
  • Tempahan tiket Special Train Hatyai - Padang Besar
  • Tempahan tiket ETS Padang Besar - KL Sentral
  • Pek Kembara (Makanan)
  • Plug Universal
  • Simcard Thailand

Pelancongan kali ini memang agak menarik sedikit sebab melibatkan tiga elemen utama pengangkutan iaitu udara, air dan darat. Haha. To be honest, I prefer use land and water transportation. Not really into flight. Secara kasarnya kami menaiki penerbangan Air Asia dari KLIA ke Langkawi, kemudian menaiki feri dari Langkawi ke Satun, kemudian hari kepulangan menggunakan keretapi dari Hat Yai ke KL Sentral. Nampak rumit, tetapi semua itu memberikan kita ilmu yang tidak boleh diperolehi di dalam buku. Nampak mudah, tetapi mesti ramai yang tertanya juga bagaimana caranya. Disitu kadang kala, Google pun tidak mampu membantu, tetapi kaedah try and error yang akan membantu. Kalau perasan kenapa ada dalam check list tu saya tidak pangkah awal, adalah kerana perkara tersebut perlu dibuat semasa hari kejadian atau lebih efektif dibuat semasa hari kejadian.

Cuma satu sahaja risiko besar yang saya ambil kali ini adalah Travel Insurance. Serius, saya terlupa atau memandang ringan mengenai perkara ini. Alhamdulillah, mujur tidak berlaku apa - apa yang tidak diingini sepanjang pelancongan kali ini. Terasa seperti ditegur olehNya juga apabila hari semasa hari kepulangan terdapat berita pemandu Malaysia telah merempuh 6 pekerja pemotong rumput yang sedang berehat. Setelah disiasat, pemandu tersebut tidak mempunyai lesen memandu, dan tidak mempunyai Travel Insurance. Lebih memberatkan lagi, 5 daripada pekerja tersebut meninggal di tempat kejadian dan seorang cedera parah setakat 14 Ogos 2019. Kalau terjadi begini dan tiada sebarang pelindungan insurance, boleh menangis air mata berdarah sebenarnya. Melainkan kalau dari keluarga yang kaya raya. Bukan mahal pun Travel Insurance tu, murah lagi dari Happy Ending Massat. Haha. Nasihat saya, apply la setiap kali nak melancong walaupun sehari sahaja kita pergi kerana malang tidak berbau.


Saya bukan jenis nak cerita semua from Day 1 to Day Terakhir dalam satu post. So saya pecahkan kepada beberapa post. Tulis panjang - panjang pun nanti ramai tak membaca. Haha.

Next kita cerita urusan dari Jeti Kuah, Langkawi ke Jeti Tammalang Pier, Satun menaiki feri.


Hey Ho, lets go.


No comments:

Post a Comment