My Nuffnang

Sunday, August 25, 2019

FAMILY TRIP - SATUN ITSELF


© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Town Of Satun 


" One's destination is never a place, but a new way of seeing things "

- Henry Miller -


Satun merupakan salah satu wilayah Thailand yang terletak di Selatan Thailand berjirankan Trang, Phattalung dan Songkhla serta bersempadan dengan Perlis. Satun merupakan antara wilayah di Thailand yang masih terdapat orangnya yang boleh bertutur Bahasa Melayu dengan fasih serta beragama Islam memudahkan lagi jika anda ingin berkomunikasi bagi membuat sesuatu urusan. Secara jujurnya terdapat banyak hidden gem di Satun yang menjadi kegemaran para traveller cuma kali ini saya tidak dapat untuk mencubanya dek kekangan masa kerana tujuan utama ke Satun adalah untuk menjalankan ibadah qurban dan aqiqah untuk anak - anak yang telah dirancang sejak tahun lepas lagi. There's always next time.

Not really into copy paste any info about Satun in Google, tetapi ini sedikit review berdasarkan pengalaman sendiri berada di Satun selama 3 hari 2 malam. Satun merupakan wilayah di mana kawasannya lebih kepada berbentuk pekan kampung iaitu secara kasarnya, Satun ini seperti Pekan Kuala Pilah atau Pekan Bahau. Boleh dikatakan hampir 80% keadaanya sebegitu dimana pekannya terdapat deretan kedai runcit yang agak lama binaannya dan turut mempunyai pasaraya besar seperti Big C, Tesco dan Makro. Kebanyakkan perniagaan tutup pada lewat petang membuatkan kawasan pekan sedikit mati pada waktu malam.




© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Town Of Satun 

Bagi pelancong yang beragama Islam, anda tidak perlu risau untuk mencari kedai makan yang halal di kawasan ini memandangkan terdapat ramai peniaga yang bergama Islam. Menyebut mengenai makanan, saya dapati sarapan pagi mereka berbentuk nasi berlauk seperti makan tengahari. Bayangkan pada waktu sarapan, kami disediakan nasi putih, tom yam ayam, sayur campur, ulam ulaman dan sambal belacan. Haha. Namun jangan risau, disediakan juga bubur berlauk, spagetti atau roti sekiranya anda tidak lalu untuk makan berat pada waktu sarapan.  

Sebagai pelancong, Tuk Tuk merupakan pengangkutan utama di kawasan ini namun anda boleh mendapatkan perkhidmatan teksi sekiranya diperlukan dan contact number boleh didapati di kaunter hotel yang berdekatan. Penduduk tempatan pula kebanyakkannya menggunakan pickup truck dan motor sebangai pengangkutan utama di kawasan terserbut. Ini mungkin disebabkan kerja rutin harian yang memerlukan mereka menggunakan pengangkutan seperti itu.

Salah satu sikap yang saya hormat di kawasan Satun ini adalah sikap meletakkan karpet pengelap kaki di pintu masuk. Hampir setiap pintu masuk diletakkan karpet tersebut dan hasilnya setiap bangunan sentiasa dalam keadaan yang bersih walaupun sewaktu hujan lebat. Tiada kesan kotoran pada lantai walaupun orang ramai keluar masuk. Boleh dilihat setiap mereka yang ingin masuk akan mengelap tapak kasut hingga bersih. Bayangkan hotel yang kami duduki turut meletakkan 3 - 4 karpet di pintu masuk




© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Town Of Satun 




© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Electricity Poles

Pemandangan seperti ini adalah biasa sekiranya anda berada di Thailand. Semasa pertama kali menjejakkan kaki ke Satun, Thailand anggapan saya adalah wayar - wayar elektrik yang berserabut sebegitu hanya ada di Satun, namun dalam perjalan ke Hat Yai, keadaan seperti ini adalah biasa. Terfikir sejenak bagaimana pihak berkaitan membuat penyelenggaraan wayar - wayar tersebut terutama dalam kecemasan. Haha. Ini boleh dikatakan sedikit, ada tiang yang lebih serabut terutama tiang yang menerima wayar elektrik dari 4 arah berbanding dua seperti gambar di atas..

Menyebut tentang hotel, kami menginap di The One Boutique Hotel yang telah ditempah awal menggunakan website booking.com. Secara jujurnya, urusan pemilihan hotel ini saya serahkan kepada isteri kerana selera beliau tidak seperti selera saya. Haha. Memudahkan lagi urusan, bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit.





© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | One Boutique Hotel, Satun



© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | One Boutique Hotel, Satun

Sedikit info mengenai The One Boutique Hotel, terletak di dalam kawasan pekan Satun beralamat Phiman, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand. (+66 74721 999). Customer service mereka fasih berbahasa Melayu, English dan Thailand. Jadi tiada masalah dalam komunikasi bagi sebarang urusan tempahan. Jenis unit yang ditempah oleh kami mempunyai satu katil queen, tv dengan rancangan Thailand, mini bar, set kettle dan cawan bersama serbuk kopi dan krimer, almari, free wifi dan tandas yang dilengkapi shower. Not so big, not so small, just nice. Breakfast is provided. Mungkin budaya di sini, sarapan disediakan dengan menu nasi berlauk seperti makanan tengahari. Haha. Perkara ini disahkan sendiri oleh En. Wan yang menetap di Satun. Kedudukan hotel di tepi jalan utama juga memudahkan bagi urusan mendapatkan Tuk Tuk sekiranya hendak ke sesuatu tempat atau hotel tersebut sendiri mempunyai contact number bagi menghubungi taxi sekiranya diperlukan.




© 2019 Hasif Rahman - Family Trip | Thailand Sim Card



Sampingan, ini merupakan sim card Thailand yang dibeli oleh saya atas cadangan En. Wan yang membantu kami dari segi pengangkutan di Satun. To be honest, saya tidak dapat untuk memberikan review mengenai sim card yang terbaik kerana saya sendiri pertama kali sampai ke Thailand, dan tiada pengalaman menggunakan jenis - jenis sim card yang ada. Haha. Tetapi rasanya kalau anda semua membuat sedikit homework, pasti ada yang telah membuat review mengenai sim card terbaik. Sim card yang saya beli ini harganya 250 baht iaitu sekitar RM26.00 (ambil kira RM10 bersamaan 100 baht). Ini sebenarnya bergantung kepada currency exchange, so tak perlu saya cerita panjang lebar. Anda hanya perlu mengemukakan passport untuk pihak mereka scan sebagai mendaftar akaun nombor sim card tersebut.



No comments:

Post a Comment