My Nuffnang

Sunday, February 12, 2017

PLANNING AHEAD !


© 2017 Hasif Rahman - Toy Photography | Idea and Concept from Stuck In Plastic

Canon 6D with 40mm F2.8 plus macro lens converter

" Everything begins with an idea "

- Earl Nightingale -



" The best way to have a good idea is to have a lot of ideas "

- Linus Pauling -



Secara jujurnya sedang merancang bagi projek 2017 dan terasa sukarnya juga untuk realisasikannya apabila kita kekurangan peralatan yang sesuai terutamanya lens. Sangat memerlukan lens macro atau sekurang - kurangnya zoom lens seperti Canon 24-105mm F4 bagi mendapatkan komposisi gambar yang lebih menarik. Sangat sukar sebenarnya mengambil gambar minifigure menggunakan lens 40mm (boleh dikatakan agak wide) dan akhirnya terpaksa crop gambar tersebut. Sudah pasti kualitinya sedikit berkurangan dan tidak kelihatan menarik. Bila berkata tentang macro lens, ada sahaja yang memberikan cadangan seperti lens converter, terbalikkan lens dan sebagainya. Tetapi hasilnya tidak seperti yang dibayangkan. Maka semua cadangan tersebut tidak boleh digunapakai dan tidak akan difikirkan lagi. Hanya membazir duit membeli benda - benda tersebut walaupun murah, akhirnya jumlahnya seperti membeli lens baru yang diperlukan.

Maka dengan ini ketetapan yang dibuat, fokus kepada perkara yang diperlukan dan jangan mencari jalan pintas yang akhirnya tiada hasil. Plannig ahead for something big in 2017 !




Thursday, February 9, 2017

DUEL IN NABOO


© 2017 Hasif Rahman - Toy Photography | Darth Maul The Apprentice

Canon 6D with 40mm F2.8 plus macro lens converter

" At last we will reveal ourselves to the Jedi. At last we will have revenge "

- Kobe Bryant -

Akhirnya setelah lama menanti, dapat juga minifigure Darth Maul daripada set Lego Star Wars 2017 Duel on Naboo. Ada kalanya saya lebih gemar dapatkan minifigure daripada set Lego daripada membeli minifigure sahaja daripada seller yang kadang kala menjualnya lebih mahal atau sama harga dengan set. Baru beli 2 minggu lepas, set ini agak menarik juga kerana mengandungi 3 minifigure watak utama dalam The Phantom Menace. Qui Gon Jinn, Obi Wan Kenobi dan Darth Maul. 





Terfikir beberapa idea daripada set ini untuk photography. Memerlukan sedikit beberapa DIY lighting bagi merealisasikannya. Apapun petang tadi telah cuba beberapa shoot. 


© 2017 Hasif Rahman - Toy Photography | The Duel in Naboo

Canon 6D with 40mm F2.8 plus macro lens converter



Sunday, February 5, 2017

BOBA IS HERE


© 2017 Hasif Rahman - Toy Photography | Bounty Hunter is Hunting

Canon 6D with 40mm F2.8 plus macro lens converter

" Everything negative - pressure, challenges - is all an opportunity for me to rise "

- Kobe Bryant -