My Nuffnang

Saturday, August 14, 2021

ONCE AN APPLE, THERE'S NO RETURN



© 2021 Hasif Rahman - Photography | Macbook Air M1 chip

Photos taken with Huawei Mate 30 / Powered by Leica


" Start your day with happiness and gratitude "

- Anonymous -


Phew, ambil masa juga untuk memahami user interface terutama touch pad dan several steps seperti copy and paste. Keyboard almost the same, tetapi ada sedikit kelainan bagi kegunaan butang control and command. Situ sedikit keliru. But almost there to be fully an Apple Clan. Haha

So here's my simple, really simple review on Macbook Air M1. Seperti yang saya kata sebelum ini, i'm not really good in computer/laptop specs. Seriously tersangat noob. Dan pembelian ini more to office work and photography. Orang kata kenapa kalau sekadar kerja tidak beli laptop yang lebih murah, below RM2000 pun ada. Di sini, photography menjadi penentu pilihan. Sejak melibatkan diri dengan photography, Mac sentiasa dijadikan perbualan rakan-rakan tentang bagaimana performnya dalam editing. Even mentua yang terlibat dalam dunia photography juga mempunyai Mac dan Macbook for editing. Jadi saya take a risk, from windows to os and here's what i feel ;

  • Saya suka dengan user interface dia. Nampak lebih professional dan kemas. Tidak serabut penuh di desktop semasa menggunakan windows. 
  • Saya suka dengan smooth pergerakan setiap perkara yang dibuat. Nampak lebih berkualiti dan high end.
  • Just download photoshop selepas setahun lebih unsubscribe. Seriously terpegun dengan smoothnya semasa editing. No lag at all ! Apatah lagi crush secara tiba-tiba semasa editing. Everything so smooth. Seriously bukan sebab baru beli ke apa, sebelum ni laptop baru beli pun dia lagging !
  • Based on reviews Mac and Macbook ini long term ketahanan dia baik. Jika dijaga dengan baik, using wireless keyboard dan wireless mouse untuk pastikan keypad dan touchpad tu masih seperti dara, resale value dia tidak jatuh banyak. Kenapa ini penting? Well, boleh jual dan top up sedikit for new Mac or Macbook of course. Haha. But for me, jenis pakai hingga rosak, malas beli. Tetapi mouse is a must, sebab payah pula nak detail editing in photoshop.
  • Some people kata OS ni lack of customization. Well, saya masa pakai windows dulu pun mana pernah customize apa-apa. Haha
  • Accessories Apple mahal? Actually ada je third party that perform well than Apple's and of course cheaper. For me yang really not into semua mesti sekufu, don't bother. Haha. Logitech seems good.
  • Boleh ke guna Microsoft Word? Boleh sangat. Memang compatible.
  • and last, rasa macam my photography hidup balik. Haha

By the way, sorry for the lack of update kebelakangan ni. As i said, isu komputer dan laptop sebelum ini buat rasa malas nak update. But now, here i am, back again. Currently pun tengah active with coffee. Siapa yang biasa follow my FB, Insta and Tik Tok mesti tau. Haha. Kita post la satu kat sini. Here's the Dalgona Coffee. Recipe boleh tengok di Insta. Clear steps in video boleh tengok di Tik Tok ye. Haha



See you next weekend !

Friday, August 13, 2021

NOW I'M APPLE CLAN

 


© 2021 Hasif Rahman - Photography | New Editing Device

Photos taken with Huawei Mate 30 / Powered by Leica


" An apple a day, keeps the doctor away "

- Anonymous -


Akhirnya setelah bertahun tidak mempunyai laptop kerana Acer laptop yang dibeli pada tahun 2008 telah totally outdated dan gaming computer yang dijual sebelum outdated beberapa bulan yang lepas kerana under utilise, lebih kepada penggunaan office work and photography sahaja, it's time for a new lappy yang sesuai dengan keperluan diri. Work + Photography = Macbook.

Sebenarnya ambil masa sekitar 3 bulan juga sebenarnya membuat homeworkd dan review berkenaan this so call Macbook Air M1 chip. The latest released in November 2020 and the first using M1 chip. Mula-mula agak sedikit risau kerana bentuknya yang nipis dan tidak mempunyai kipas. Yes, Macbook Air is fanless. Risau Macbook ini akan ada isu heat bila digunakan for heavy software like photoshops. Tetapi setelah melihat all the reviews di YouTube, Tik Toks (anda tidak akan percaya di sana terlalu banyak Macbook Hacks) dan articles, Macbook Air M1 is a beast. Dengan harga RM4399.00 it's totally a beast for photography. 

Satu lagi, bila sendiri menggunakan product Apple, now I know why people love it so much walaupun orang kata Android and Windows lagi better sebab flexibility dalam customization. Apple user interface dia sangat smooth and sungguh user friendly bila anda tahu all the steps. Took me like 2 hours to learn, but it's fun.

So here's my simple review, Mac will be my all time product. Haha. 


Si Emas
 


Wednesday, April 14, 2021

THAT KIND OF FEELING

 


© 2021 Hasif Rahman - Family | Harta Dunia Akhirat

Photos taken with Huawei Mate 30 / Powered by Leica


" A happy family is but an earlier heaven "

- George Bernard Shaw -



Mungkin ini hanya perasaan, yang ada pada mereka yang mempunyai anak sahaja.
Mungkin ini juga apa yang dirasakan oleh ibu bapa kita, saat membesarkan kita.
Mungkin ini juga menjawab kepada persoalan, kenapa ibu bapa kita tegas dalam membesarkan kita di samping sedaya upaya merealisasikan impian kita, keperluan kita, dan kehendak kita.
Mungkin ini juga menjawab kepada persoalan, kenapa kita sebagai ibu bapa, tewas kepada air mata anak-anak.

Kadang kala, saat duduk muhasabah diri, akan datang satu perasaan. Perasaan di mana kita rindu amat pada anak-anak walaupun setiap hari bersama mereka.
Akan datang satu perasaan, kita rasa kita hendak bersama mereka sampai bila-bila. Sampai mereka besar, punyai pasangan sendiri, punyai anak sendiri, saat mereka menghadapi kesukaran dan saat mereka memerlukan sokongan.

Rasa sedih memikirkan, mereka menghadapi dugaan hidup sendirian. 

Susah hendak dijelaskan, tetapi perasaan itu, secara ringkasnya, takut meninggalkan mereka.

Can they survive?

Sebab itu, selagi hidup, segala impian, keperluan dan kehendak mereka, saya cuba untuk realisasikan.
Kita umur semakin meningkat, entah panjang pendek umur.
Rasa terkilan sekiranya tidak ada saat mereka berjaya dalam pendidikan, bergambar bersama mereka memegang segulung ijazah
Rasa terkilan sekiranya tidak ada saat mereka mendapat pekerjaan yang baik, bersama-sama meraikan
Rasa terkilan sekiranya tidak ada saat mereka bernikah dengan pasangan masing-masing
Rasa terkilan sekiranya tidak ada saat mereka punyai anak pertama
Rasa terkilan sekiranya tida ada saat mereka susah

Perasaan di mana, kita mahu bersama mereka sepanjang hayat mereka.

Tapi apakan daya, kita ini hambaNya. Nyawa bukan ditentukan oleh kita
Hanya mampu berdoa

Murahkan rezeki ku
Panjangkan umur ku
Permudahkan urusan ku
Lapangkan hati ku

Semoga dengan makbulnya doa2 itu,
Segala nikmat dapat ku berikan kepada keluarga ku.

Amin.