My Nuffnang

Wednesday, May 18, 2016

PHOTOGRAPHY | NOT EVERYTHING IS AWESOME


© 2016 Hasif Rahman - DIY Studio | Alam Sanjung Apartment

Perasaan sedikit tidak menentu malam ini apabila lampu LED untuk DIY Studio hampir patah. Hendak tunggu bajet untuk membeli set lampu studio, entah bila masa akan dapat membelinya. Lens Macro, bayang pun tidak dapat dilihat. Sabar sahaja yang mampu setakat ini. Hari ini, Not Everything Is Awesome. Tidur membawa diri. Sigh~


Monday, May 16, 2016

PERSONAL | LEGO CLASSIC IN DA HOUSE



© 2016 Hasif Rahman - Childhood Hobbies | Alam Sanjung Apartment


Akhirnya dapat juga beli Lego Classic (Medium Size). Lama juga sebenarnya memerhati bagi set Lego ni. Cuma pada harga set ini boleh beli set lain yang menarik juga. Pada asalnya ke kedai tersebut untuk beli frame Minifigure Lego tetapi telah diracun dengan jayanya oleh tuan kedai untuk sekali harung membeli set ini. Set ni penting juga bagi mereka yang ingin membuat set sampingan untuk Lego Photography. Mudah dikatakan, dibuat sebagai props. Minggu ni akan cuba buat sesuatu dengan Lego Classic ini. Nantikan !




Sunday, May 8, 2016

PHOTOGRAPHY | DIY MINI STUDIO



© 2016 Hasif Rahman - Experimental | Alam Sanjung Apartment

Salah satu impian apabila ada rumah sendiri adalah mempunyai "personal room" untuk photography saya. Bilik ini bukan sahaja untuk photography semata, tetapi satu bilik yang lengkap untuk editing, sudut membaca, sudut untuk tenangkan diri dan sudut menghiburkan diri. Sudah semestinya IKEA akan menjadi sumber perabot dan ilham bagi menjadikan bilik impian tersebut tercapai. Buat masa ini hanya ada meja putih, lampu LED, kertas putih untuk latar belakang, dan papan kayu sebagai alas. Buat masa ini, hasil gambar lebih menarik daripada dahulu sebelum berpindah kerana mempunyai ruang yang lebih luas dan kerja - kerja dapat dibuat dengan lebih teratur.

Sebelum berpindah, tidak banyak barang yang boleh dibeli dan kerja - kerja photography dibuat di atas lantai sambil berbaring. Lampu juga tidak dapat diatur dengan lebih kemas dan pencahayaan agak kelam kabut kerana tangan terpaksa memegang kamera dan lampu dalam satu masa. Masih banyak lagi barang yang perlu dilengkapkan bagi memastikan segala persediaan dalam menjayakan projek photography yang agak lama tertangguh untuk berjaya namun ini satu permulaan yang baik. Masih perlukan lampu LED dalam 2 unit, flash dalam 1 unit, dan lens Macro / Zoom. Dari senarai keperluan tersebut, lens yang akan didahulukan. Dapat yang lens terpakai pun tidak mengapa buat masa ini. Canon 100mm F2.8 USM, target bagi tahun 2016. Buat masa ini, hanya pakai 40mm pancake lens bersama filter macro. Satu kesukaran sebenarnya menggunakan filter tersebut kerana "framing" menjadi sedikit terbatas kerana tidak dapat untuk mengambil gambar dari jarak yang jauh kerana ia tidak akan dapat fokus. Berharap lens tersebut akan berjaya dimiliki. Usaha !


© 2016 Hasif Rahman - Experimental | The Lonely Woodman

" Strength and growth come only through continuous effort and struggle "

- Napoleon Hill -



Saturday, May 7, 2016

PERSONAL | OOTD 7 MEI


© 2016 Hasif Rahman - Majlis Aqiqah | Jalan Novelis, Glenmarie

Luangkan masa untuk bergambar sebelum menghadiri Majlis Aqiqah di Jalan Novelis Glenmarie, Shah Alam. Sekarang ini bukan mudah untuk ambil gambar anak. Dari 10 kali percubaan, mungkin hanya satu atau dua sahaja yang boleh dipakai. Sangat aktif bergerak, sangat aktif melihat persekitaran, bak kata orang, "macam ulat taik". Hasil kesabaran dan usaha yang berterusan, maka dapatlah satu gambar di mana ibu dan anak sama - sama memandang kamera dan tersenyum.