© 2016 Hasif Rahman - Kueh Cafe | Shah Alam Seksyen 13
Kueh Cafe
Seksyen 13, Shah Alam
Jalan Renang 13/26
10 a.m - 10 p.m
Malaysian Kueh. To be enjoyed not forgotten
Instagram : kueh13
Hari ini singgah di satu cafe yang menarik perhatian kami untuk mencubanya. Seperti biasa, diri ini yang merupakan salah seorang Cafe Hunter akan sentiasa mencuba kafe - kafe yang menarik dan unik. Terletak di Seksyen 13 Shah Alam, Kueh Cafe terkenal dengan hidangan kuih traditional mereka. Disamping itu juga, perabot yang bertemakan kayu pallet dan didendangkan dengan lagu tradisional melayu membuatkan persekitaran terasa lebih tenang dan nyaman. Apa yang pasti, kafe ini dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat. Adakah kafe ini hanya menghidangkan kuih muih tradisional sahaja? Jawapannya tidak. Terdapat menu tradisional yang lain seperti Nasi Lemak, Laksa Utara, Soto Ayam, dan pelbagai lagi. Yang pastinya, teh tarik turut tersedia.
© 2016 Hasif Rahman - Kueh Cafe | Nasi Lemak dan Teh Tarik
Satu perkara tentang Nasi Lemak di kafe ini adalah sambalnya yang sangat sedap. Manis dan pedas, adunannya sangat menyelerakan. Jika singgah di kafe ini, Nasi Lemak adalah salah satu menu yang mesti dicuba. Nasi yang panas, sambal yang sedap dan ikan bilis yang rangup bersama telur rebus, sudah pasti membuatkan mereka terliur ditambah pula dengan teh tarik panas yang rasanya juga lain daripada yang lain, tidak seperti teh tarik di kedai mamak yang penuh dengan susu pekat. Anda boleh cuba sendiri. Tidak terkata nikmatnya !
© 2016 Hasif Rahman - Kueh Cafe | Pilihan Kuih Muih Tradisional
Terdapat pelbagai pilihan kuih muih tradisional di kafe tersebut antaranya adalah Seri Muka, Kaswi, Seri Muka (Durian), Kuih Lapis, Kuih Lapis Pelangi, Sardin Gulung, Cucur Badak, Kuih Bakar, Charu Berlauk, Popia Pedas dan lain - lain. Bagi mereka yang inginkan air seperti Cappucino, Latte, Chocolate, Espresso, Mocktails dan Smoothie, kafe ini turut menyediakan minuman tersebut di satu sudut yang lain.
© 2016 Hasif Rahman - Kueh Cafe | Pilihan Air Cafe Yang Lain
© 2016 Hasif Rahman - Kueh Cafe | Kuih Muih Tradisional
Secara keseluruhannya kafe ini adalah sangat menarik terumata bagi mereka yang meminati makanan tradisional Melayu. Jujurnya saya akan singgah lagi di kafe ini untuk mencuba menu - menu lain yang kelihatan menarik. Harga makanan juga adalah berpatutan bagi kategori kafe. Yang pastinya, keenakkan makananya adalah terbaik !
© 2016 Hasif Rahman - Kueh Cafe | Kafe Wajib Singgah
No comments:
Post a Comment