My Nuffnang

Friday, July 29, 2016

PHOTOGRAPHY | ITS SATURDAY NIGHT !


© 2016 Hasif Rahman - Bat's Day Off | Saturday Night

Canon 6D with 40mm lens plus Macro Lens Converter

" Boom boom cha.... boom boom cha.... boom boom cha..."

- Party Sounds -


Terasa indahnya bila esok WEEKEND ! Its time to stay up late dan buat apa yang anda suka. Mari kita set up props untuk Toy Photography. Weeeeeeeeeee hooooooooooo


Wednesday, July 27, 2016

PHOTOGRAPHY | SNOWTROOPER


© 2016 Hasif Rahman - Snow Troopers | Snowing at Hoth

Canon 6D with 40mm lens plus Macro Lens Converter

" It's freezing out here"

- Anonymous -


Berhajat untuk menjadi seorang Toy Photographer, saya merupakan seorang yang suka kepada keaslian sesuatu gambar tersebut. Maksud saya kurangkan photomanipulation and less editing using photoshop kecuali terpaksa seperti lightsaber. Sangat mustahil untuk dapatkan effect lightsaber secara realitinya. Percaya atau tidak gambar di atas adalah SOOC (Straight Out Of Camera) tanpa sebarang editing. Sebenarnya idea ini baru dipelajari, dan sedang dalam try and error. Masih ada kekurangan namun kekurangan tersebut berjaya di atasi. Minggu ini akan membeli belah sedikit bagi mengatasi kekurangan tersebut.

Sedikit sneak peak behind the scene untuk anda semua.


Setiap kali usahakan satu scene, bilik memang bersepah. Alhamdulillah memang bilik ini khas untuk kerja - kerja photography saya. Masih banyak kekurangan peralatan, tetapi insyaAllah akan lengkap by end of this year dan the Toy Photography project akan bermula. InsyaAllah, 2017 dan 2018 merupakan tahun yang busy dalam mengejar impian. Lets make it happen !


Friday, July 22, 2016

PHOTOGRAPHY | TOO MUCH OF IDEAS


© 2016 Hasif Rahman - Evil Doctor | Craaaazy

Canon 6D with 40mm lens plus Extension Tube

" Lots of ideas"

- Anonymous -


Kadang - kadang bila dah terlalu banyak idea tetapi tidak diterjemahkan, maka anda akan rasa keliru dan tersekat di tengah - tengah. Maka tiada sebarang hasil terjadi akhirnya semua lupa. Nasib baik diri ini dah ambil pengajaran yang sebelum ini di mana semua idea di tulis dalam satu buku kecil. Hanya perlu rujuk semula untuk ingat kembali. So minggu ni, kita dah set untuk something funny but a little bit of horror, lets get it done first. Kemudian baru kita kembali pada idea Star Wars. Haha. So malam ni, setting up the props. Lets go !


Thursday, July 21, 2016

PHOTOGRAPHY | FEAR THE DARK SIDE


© 2016 Hasif Rahman - Darth Vader | Rogue One

Canon 6D with 40mm lens plus Macro Converter Lens

" Come...join the Dark Side"

- Darth Vader -


Another set up di kala keboringan. Just love the Hoth set up. Habis bertepung bilik, tetapi seronok bila lihat hasilnya. By the way, tetiba rasa tidak sabar nak tunggu Star Wars : Rogue One. Dengar kata Darth Vader sangat ganas dalam movie tersebut. Huu Hee..

Once dapat gaji rasa macam nak ke IKEA. Nak beli meja khas untuk set up sebegini. Mudah untuk kemas dan dibasuh. Currently pakai meja kerja, nak mengemas tu agak payah juga. Huuu...


Wednesday, July 20, 2016

PHOTOGRAPHY | MILLENNIUM FALCON


© 2016 Hasif Rahman - Millennium Falcon | Hunk of Junk !

Canon 6D with 40mm lens

" She's the fastest hunk of junk in the galaxy"

- Lando Calrissian -


Coming up project too, Star Wars Titanium Set. Weeee hoooooo...banyak idea yang sedang menanti untuk diterjemahkan kepada foto. Can't wait for weekend !


Monday, July 11, 2016

PHOTOGRAPHY | SOMETHING FUNNY


© 2016 Hasif Rahman - Zombie Attack | Run !

Canon 6D with 40mm lens plus Macro Converter Lens

" Brain...brain...nyummy brain..."

- Zombie -


Just a sneak peak about the idea or concept for this weekend. Asyik scene yang serius sahaja, apa kata kali ini buat sesuatu yang agak kelakar tetapi masih ada elemen serius. Kita lihat weekend ini apa hasilnya.


Sunday, July 10, 2016

PERSONAL | THE BEST 1 YEAR


© 2016 Hasif Rahman - Audrey Marissa | Turns 1 Year Old

" God gave us the gift of life; it is up to us to give ourselves the gift of living well "

- Voltaire -


Sedikit lambat untuk update kisah antara hari paling bersejarah dalam kehidupan lebih - lebih lagi setelah bergelar seorang ayah. Kisah paling bersejarah, ulangtahun kelahiran my little princess Audrey Marissa yang pertama. Umur setahun pada 27 Jun 2016 yang lepas. Sambutan dibuat secara bersederhana memandangkan pada tarikh tersebut adalah pada bulan Ramadhan. Hendak jemput orang ramai rasa tidak bersesuaian pula di malam hari memandangkan ramai yang sedang berterawih. Maka si ibu dan si ayah merancang sambutan secara sederhana, just the three of us. Secara keseluruhannya, si ibu yang set up all the props and decorations dan ayahnya tukang bayar dan makan kek sahaja. Hahaha.

Happy Birthday Audrey Marissa binti Mohd Hasif ! Semoga membesar dengan sihat sejahtera, dimurahkan rezeki dunia akhirat olehNya, dipermudahkan urusan dunia akhirat olehNya, diberkati dan dirahmati dunia akhirat olehNya, diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan membesar menjadi anak yang solehah. 

Ibu dan ayah akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk Audrey Marissa. Semoga Allah murahkan rezeki ibu dan ayah dari pelbagai sudut agar rezeki itu turut dikongsi bersama Audrey. InsyaAllah.


Saturday, July 9, 2016

PHOTOGRAPHY | ATTACK ON HOTH !


© 2016 Hasif Rahman - Hoth Planet | The Force Is Strong With This One

Canon 6D with 40mm lens plus Macro Converter Lens

" The ability to destroy a planet is insignificant next to the power of the Force... "

- Darth Vader -


Masa untuk menyerang Rebels. !

Monday, July 4, 2016

PHOTOGRAPHY | THE SITH LORD VADER



© 2016 Hasif Rahman - Hoth Planet | The Force Is Strong With This One

Canon 6D with 40mm lens plus Macro Converter Lens

" You underestimate the power of the dark side... "

- Darth Vader -

Bila tidak dapat tidur, bermulalah otak ini mendapat idea yang menimbun hasil daripada pembacaan, pemerhatian cerita wayang, pemerhatian majalah, gambar - gambar di instagram dan lain - lain lagi. Terbaru rasanya ingin buat satu scene yang menggunakan pencahayaan pelbagai. Antaranya adalah Lightsaber, dan Darth Vader menjadi subjek utamanya.

Namun beberapa percubaan nampaknya gagal nampaknya. Antaranya adalah kerana :-

1. Editing lightsaber menggunakan photoshop masih tidak memuaskan
2. Editing kesan cahaya lightsaber pada objek nampak kurang realistik
3. Latarbelakang salji nampak plain white, kosong
4. Latarbelakang langit nampak terlalu gelap, kosong

Cara - cara untuk penambahbaikan, idea yang dapat

1. Search youtube untuk mendapatkan kesan lightsaber yang lebih menarik
2. Kesan cahaya lightsaber, menggunakan lampu led warna merah atau guna colour gel merah untuk dapatkan kesan yang lebih realistik berbanding photoshop
3. Menggunakan kertas hitam / batu untuk menambahkan kesan realistik salji seperti ada batu dan sebagainya
4. Menggunakan latar belakang berwarna kelabu berbanding hitam
5. Menggunakan aperture yang lebih kecil seperti 12-16 untuk mendapatkan background yang lebih realistik berbanding blur putih

Lepas raya nanti akan cuba penambahbaikan tersebut. Yang paling utama sekarang adalah untuk dapatkan lampu warna merah yang kecil. Hmm...