© 2016 Hasif Rahman - Audrey Marissa | Turns 1 Year Old
" God gave us the gift of life; it is up to us to give ourselves the gift of living well "
- Voltaire -
Sedikit lambat untuk update kisah antara hari paling bersejarah dalam kehidupan lebih - lebih lagi setelah bergelar seorang ayah. Kisah paling bersejarah, ulangtahun kelahiran my little princess Audrey Marissa yang pertama. Umur setahun pada 27 Jun 2016 yang lepas. Sambutan dibuat secara bersederhana memandangkan pada tarikh tersebut adalah pada bulan Ramadhan. Hendak jemput orang ramai rasa tidak bersesuaian pula di malam hari memandangkan ramai yang sedang berterawih. Maka si ibu dan si ayah merancang sambutan secara sederhana, just the three of us. Secara keseluruhannya, si ibu yang set up all the props and decorations dan ayahnya tukang bayar dan makan kek sahaja. Hahaha.
Happy Birthday Audrey Marissa binti Mohd Hasif ! Semoga membesar dengan sihat sejahtera, dimurahkan rezeki dunia akhirat olehNya, dipermudahkan urusan dunia akhirat olehNya, diberkati dan dirahmati dunia akhirat olehNya, diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan membesar menjadi anak yang solehah.
Ibu dan ayah akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk Audrey Marissa. Semoga Allah murahkan rezeki ibu dan ayah dari pelbagai sudut agar rezeki itu turut dikongsi bersama Audrey. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment