My Nuffnang

Saturday, August 6, 2016

PHOTOGRAPHY | LEPIN WALL E !




© 2016 Hasif Rahman - Lepin | Wall - E 

Canon 6D with 40mm lens

" Hail Lepin !"

- Anonymous -


Secara jujurnya diri ini adalah peminat kepada Lego. Salah satu jenama bricks yang agak terkenal sejak zaman kanak - kanak lagi. Kalau dikira semula, 20 tahun yang lalu sudah terjebak dengan Lego. Terasa sayangnya Lego yang dibeli pada masa dulu hilang dan ada diantaranya "diberikan" kepada anak buah. Kalaulah masih lagi tersimpan rapi, sudah tentu terasa bangganya mempunyai set classic. Namun begitu, pembelian terhenti seketika semasa sekolah menengah, dan begitu banyak set Lego yang menarik terlepas pandang dan akhirnya menjadi Retired Set yang kini jika hendak membelinya, harga agak tinggi, ribuan secara jujurnya.



Cuma tahun ini agak berbeza sedikit apabila satu jenama bricks yang dipanggil Lepin muncul. Boleh dikatakan 100% design Lego diterjermahkan semula dengan harga yang jauh lebih murah. Salah satu sebab diri ini mulai minat pada Lepin adalah kerana Retired Set Lego dikeluarkan semula dan set Modular Lego yang jauh lebih murah harganya. Bagi saya, pembelian Lepin adalah hanya kepada Retired Set dan Modular. Bagi keluaran baru, saya lebih gemar Lego. Semua bricks yang saya shoot di studio adalah jenama Lego terutama minifigures kerana minifigures Lego lebih kemas dan cantik berbanding jenama lain.



Seperti yang saya kata, pembelian Lepin adalah hanya kepada Retired Set dan Modular, tetapi kenapa saya beli Lepin Wall E? Sebab ia adalah pembelian pertama saya dan saya perlukan satu set untuk di review sebelum membeli set yang lain. RRP Lego Wall E adalah RM250.00 manakala bagi Lepin di sekitar RM80 ke RM110. It depends on the seller. Dan setiap set juga dilengkapi dengan manual seperti Lego juga.

Here's some of the review about Lepin

Pros

  1. 100% the same with Lego design
  2. Murah (Termasuk Retired Set Lego)
Cons
  1. Kekurangan dari segi minifigures
  2. A little bit defect tetapi boleh dibetulkan dengan sedikit adjustment
Kepada yang berminat dengan Lepin, boleh join facebook group LBK (Legion of Bricks Keeper Malaysia). Mungkin anda juga akan diracuni oleh Lepin. Terdapat banyak seller di sana, tetapi my Fav seller will be Syam Gemini. Contact him for more Lepin products ! Hail Lepin !



No comments:

Post a Comment