My Nuffnang

Sunday, November 27, 2016

COLLECTIBLE FIGURES | STAR WARS INFINITY SET


© 2016 Hasif Rahman - Black Friday | The Power of Dark Side

Canon 6D with 40mm F2.8

" When you look at the Dark Side, carefull you must be...for the Dark Side looks back.."

- Yoda -

Setelah lama mencari, akhirnya dapat juga membeli set Star Wars - Infinity dan perkara paling best sekali bila dapat membelinya pada harga yang jauh lebih murah ! Ada lagi 3 figura yang masih belum dimiliki bagi set ini iaitu Princess Leia, Han Solo dan Chewbacca. Sebenarnya set ini merupakan satu video game tetapi saya tidak tau cara penggunaannya. Berminat kepada figura ini sebab nak gunakan untuk Toy Photography, haha. Dapat tahu kewujudan figura ini pun melalui seorang Toy Photographer yang agak terkenal di peringkat antarabangsa, Zenith Ardor. Terus jatuh cinta dan mencarinya, dan terjumpa di kedai video game di Mid Valley, tetapi harga bagi satu sangat la mahal. RM120 - RM150. Tetapi rezeki hari ni, minggu Black Friday katanya, dapat pada harga RM50 for 2 unit ! Haha. Terus beli tanpa memikirkan perlu atau tidak.

Ni salah satu hasil daripada Photographer Zenith Ardor (boleh tengok instagram dia) :-


- Photo Credit to Zenith Ardor -

Tak sabar nak shoot once dah dapat lens macro nanti. Wooooooo hooo !! Looking forward for the year 2017. Yeah !


Wednesday, November 9, 2016

PERSONAL | HASIF TURNS 3 SERIES


© 2016 Hasif Rahman - Happy Birthday | Majestic Hotel, KL

Sony Mirrorless @7

" God gave us the gift of life; it is up to us to give ourselves the gift of living well "

- Voltaire -

Happy Birthday to You
Happy Birthday to You
Happy Birthday to Hasif Rahman
Happy Birthday to you~

Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Hasif Rahman
Allah Selamatkan Kamu~

Alhamdulillah, syukur padaNya diberikan kesempatan untuk menikmati kehidupan ini sehingga kini dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga yang tersayang. Pejam celik pejam celik, kini diri ini sudah mencecah umur 30 tahun, so called by people as the 3 Series. Melihat kembali wajah diri ini sejak kecil hingga sekarang, begitu banyak perubahan yang ketara. Dari saiz badan, rupa, dan kini mula beruban. Terduduk sebentar memikirkan, 30 tahun? Begitu cepat masa berlalu dan begitu banyak perkara yang masih belum dilakukan lagi. Walaubagaimanapun, alhamdulillah, masih diberikan rezeki olehNya untuk terus hidup di bumi ini.

Alkisahnya pada 5 November 2016, my wife minta tolong ambil kek di Setia Alam kerana membantu seorang rakan yang busy katanya. Dengan hati yang agak berat juga (sabtu kan?) pergi la juga ambil. Nasib baik tiada kesesakan lalu lintas, so kurang la sedikit rasa tidak puas hati. Sesampai di sana, agak besar juga kek ni. Risau pula bawa laju, takut kek tu terbalik. Sampai di rumah, letak di dalam peti sejuk. Esoknya pula 6 November 2016 akan hantar kepada rakan tersebut di Majestic Hotel Kuala Lumpur pada sekitar jam 2.30 petang - 3.00 petang. Kebetulan pada 6 November 2016 tersebut, ada majlis makan malam bersama jabatan di Laman Grill Shah Alam jam 8.30 malam. Bagi mengelakkan kelam kabut, masing - masing bersiap terus untuk makan malam. Ambil kunci, pergi ke kereta, lets go !

Sampai sahaja di Majestic Hotel tu, rasa nak berhenti tepi je dan wife pergi hantar kek, tapi banyak pula songeh dia, suruh parking bagai. Ehhhhhh...dah la RM10.00 per entry, kita pula tak bawa duit lansung sebab biasa pakai Debit Card sahaja. Wife kata dia bayar, so ok je la. Selepas parking, wife bawak kek, saya dukung my Little Princess Audrey. Wife jalan kat depan macam ribut, saya wat lek je. Sambil jalan sambil tunjuk sana sini kat Audrey. Jalan - jalan - jalan till this tempat makan, tadaaa !!! Surprise katanya ! Its my birthday celebration !!! Rupanya kek tu kek untuk saya. Hahahaha. Ok, time ni menyesal dok kutuk menyusahkan. Hahahaha.


© 2016 Hasif Rahman - Audrey Marissa | Little Cake Monster

Its a high tea celebration for my birthday at Majestic Hotel. Seriously terasa begitu exclusive sekali the environment. Ala - ala di Carcosa Seri Negara bagi siapa yang pernah pergi. The waiter, coffee or tea? Ah, for me of course tea ! Haha. As usual, even last year punya birthday pun, my wife akan bawa seorang Photographer to capture the moments. Terliur juga tengok mirrorless Sony tu. Haha. Its time to makan - makan - makan - makan. Its sure the best quality time for the three of us. The mood, the environment, the surprise, the love and all the positive things just flushed away all my problems. No words can describe how happy I am. The only things that I can say, Thank You Sayang, I Love You =*


© 2016 Hasif Rahman - The Three of Us | HEA

BUT, rasa saya, the one that being celebrated is not me tetapi my little Audrey. Dia yang paling menarik perhatian orang ramai dan showing those happy faces. Haha.