My Nuffnang

Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Sunday, October 18, 2020

AHMAD SAYF ADDIN THIRD HOKAGE

 


© 2020 Hasif Rahman - Family | Sayf's Third Hokage


" Secret to happiness : Shukr, Sabr and Ikhlas "

- Anonymous -



First of all, Alhamdulillah kami semua dalam keadaan sihat sejahtera. Cuma kemalasan untuk update blog. Faham2 je la, anak dua ni, masa nak berblog tu, mood tu kadang kelaut juga. Hahaha. Ikutknya banyak je happening event, tp tak ter update di blog. Manakan tidaknya, dengan instagram lagi, dengan FB lagi, pastu kunun ada Flickr bagai. Hahahaha. 

Sedia maklum Selangor antara negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan juga antara negeri yang konsisten kes above 70 cases per day. So this year, hampir semunya dibuat ala kadar. Safety first. Kita jaga kita.

So, its Ahmad Sayf Addin Third Hokage for this year 2020. Teringat masa mula2 kelahiran dia, anak kedua, lelaki namun dia yang paling fragile. Baru lahir, dah kena warded akibat daripada jangkitan kuman di selaput otak. Scary kan? Haha. Sebab pelik demam dia panas plus menangis menjerit2 tidak suka disentuh, tekad hantar terus ke hospital. Alhamdulillah, keputusan yang bijak. Naluri ayah, sentiasa ada hikmahnya.

But now, dari seorang yang fragile, dia lah paling lasak. Kurang dah sakit2 batuk selesema bagai. Dulu hampir setiap bulan ke klinik for nebulizer sebab batuk dan selesema, tetapi selepas sesi perubatan bersama SJMC, punca dikenalpasti, ubat yang tepat, rasanya dah setahun tak ke klinik. Hahaha. Alhamdulillah

Lasaknya dia sekarang, kepala hantuk kat lantai,  ada apa hal. Kebal. HAHAHAHAHA. Memang beza la lasak anak pertama yang perempuan tu dengan lasak anak lelaki. Dia punya gurau kasar, kita pun boleh tergeliat. Menyinga hari2 tu normal dah sekarang. Baru faham rasa "INI BOLEH BUAT DARAH TINGGI NI ! "

Happy Birthday to Ahmad Sayf Addin ! Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dunia akhirat dalam apa jua perkara yang dilakukan dan sentiasa dilindungi olehNya. Doa ayah dan ibu sentiasa ada untuk Sayf.







Wednesday, November 9, 2016

PERSONAL | HASIF TURNS 3 SERIES


© 2016 Hasif Rahman - Happy Birthday | Majestic Hotel, KL

Sony Mirrorless @7

" God gave us the gift of life; it is up to us to give ourselves the gift of living well "

- Voltaire -

Happy Birthday to You
Happy Birthday to You
Happy Birthday to Hasif Rahman
Happy Birthday to you~

Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Hasif Rahman
Allah Selamatkan Kamu~

Alhamdulillah, syukur padaNya diberikan kesempatan untuk menikmati kehidupan ini sehingga kini dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga yang tersayang. Pejam celik pejam celik, kini diri ini sudah mencecah umur 30 tahun, so called by people as the 3 Series. Melihat kembali wajah diri ini sejak kecil hingga sekarang, begitu banyak perubahan yang ketara. Dari saiz badan, rupa, dan kini mula beruban. Terduduk sebentar memikirkan, 30 tahun? Begitu cepat masa berlalu dan begitu banyak perkara yang masih belum dilakukan lagi. Walaubagaimanapun, alhamdulillah, masih diberikan rezeki olehNya untuk terus hidup di bumi ini.

Alkisahnya pada 5 November 2016, my wife minta tolong ambil kek di Setia Alam kerana membantu seorang rakan yang busy katanya. Dengan hati yang agak berat juga (sabtu kan?) pergi la juga ambil. Nasib baik tiada kesesakan lalu lintas, so kurang la sedikit rasa tidak puas hati. Sesampai di sana, agak besar juga kek ni. Risau pula bawa laju, takut kek tu terbalik. Sampai di rumah, letak di dalam peti sejuk. Esoknya pula 6 November 2016 akan hantar kepada rakan tersebut di Majestic Hotel Kuala Lumpur pada sekitar jam 2.30 petang - 3.00 petang. Kebetulan pada 6 November 2016 tersebut, ada majlis makan malam bersama jabatan di Laman Grill Shah Alam jam 8.30 malam. Bagi mengelakkan kelam kabut, masing - masing bersiap terus untuk makan malam. Ambil kunci, pergi ke kereta, lets go !

Sampai sahaja di Majestic Hotel tu, rasa nak berhenti tepi je dan wife pergi hantar kek, tapi banyak pula songeh dia, suruh parking bagai. Ehhhhhh...dah la RM10.00 per entry, kita pula tak bawa duit lansung sebab biasa pakai Debit Card sahaja. Wife kata dia bayar, so ok je la. Selepas parking, wife bawak kek, saya dukung my Little Princess Audrey. Wife jalan kat depan macam ribut, saya wat lek je. Sambil jalan sambil tunjuk sana sini kat Audrey. Jalan - jalan - jalan till this tempat makan, tadaaa !!! Surprise katanya ! Its my birthday celebration !!! Rupanya kek tu kek untuk saya. Hahahaha. Ok, time ni menyesal dok kutuk menyusahkan. Hahahaha.


© 2016 Hasif Rahman - Audrey Marissa | Little Cake Monster

Its a high tea celebration for my birthday at Majestic Hotel. Seriously terasa begitu exclusive sekali the environment. Ala - ala di Carcosa Seri Negara bagi siapa yang pernah pergi. The waiter, coffee or tea? Ah, for me of course tea ! Haha. As usual, even last year punya birthday pun, my wife akan bawa seorang Photographer to capture the moments. Terliur juga tengok mirrorless Sony tu. Haha. Its time to makan - makan - makan - makan. Its sure the best quality time for the three of us. The mood, the environment, the surprise, the love and all the positive things just flushed away all my problems. No words can describe how happy I am. The only things that I can say, Thank You Sayang, I Love You =*


© 2016 Hasif Rahman - The Three of Us | HEA

BUT, rasa saya, the one that being celebrated is not me tetapi my little Audrey. Dia yang paling menarik perhatian orang ramai dan showing those happy faces. Haha.