© 2020 Hasif Rahman - Family | Sayf's Third Hokage
" Secret to happiness : Shukr, Sabr and Ikhlas "
- Anonymous -
First of all, Alhamdulillah kami semua dalam keadaan sihat sejahtera. Cuma kemalasan untuk update blog. Faham2 je la, anak dua ni, masa nak berblog tu, mood tu kadang kelaut juga. Hahaha. Ikutknya banyak je happening event, tp tak ter update di blog. Manakan tidaknya, dengan instagram lagi, dengan FB lagi, pastu kunun ada Flickr bagai. Hahahaha.
Sedia maklum Selangor antara negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan juga antara negeri yang konsisten kes above 70 cases per day. So this year, hampir semunya dibuat ala kadar. Safety first. Kita jaga kita.
So, its Ahmad Sayf Addin Third Hokage for this year 2020. Teringat masa mula2 kelahiran dia, anak kedua, lelaki namun dia yang paling fragile. Baru lahir, dah kena warded akibat daripada jangkitan kuman di selaput otak. Scary kan? Haha. Sebab pelik demam dia panas plus menangis menjerit2 tidak suka disentuh, tekad hantar terus ke hospital. Alhamdulillah, keputusan yang bijak. Naluri ayah, sentiasa ada hikmahnya.
But now, dari seorang yang fragile, dia lah paling lasak. Kurang dah sakit2 batuk selesema bagai. Dulu hampir setiap bulan ke klinik for nebulizer sebab batuk dan selesema, tetapi selepas sesi perubatan bersama SJMC, punca dikenalpasti, ubat yang tepat, rasanya dah setahun tak ke klinik. Hahaha. Alhamdulillah
Lasaknya dia sekarang, kepala hantuk kat lantai, ada apa hal. Kebal. HAHAHAHAHA. Memang beza la lasak anak pertama yang perempuan tu dengan lasak anak lelaki. Dia punya gurau kasar, kita pun boleh tergeliat. Menyinga hari2 tu normal dah sekarang. Baru faham rasa "INI BOLEH BUAT DARAH TINGGI NI ! "
Happy Birthday to Ahmad Sayf Addin ! Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dunia akhirat dalam apa jua perkara yang dilakukan dan sentiasa dilindungi olehNya. Doa ayah dan ibu sentiasa ada untuk Sayf.
No comments:
Post a Comment