My Nuffnang

Sunday, February 18, 2018

MY MONDAY BLUES


© 2017 Hasif Rahman - Toy Photography | Not Really A Monday Person

Canon 6D plus 40mm f2.8 lens plus macro converter lens

" Sundays should come with a pause button "

- Anonymous -



It's Monday. Yeah, I'm really not in perfect mood. I'm not sad, I'm not angry. I'm not happy..just..blur all the time. Yeah, Monday Blues really hit me hard every week. So what I do every week on Monday during office hours? Put all the works that I need to do in order, and start doing it on Tuesday. Haha. But hey, still, all my work finished before the coming weekend. So nothing to worry about it.


Wednesday, February 14, 2018

THE POWER OF STAYING POSITIVE IN LIFE


© 2017 Hasif Rahman - Toy Photography | Karma Is Real

Canon 6D plus 40mm f2.8 lens

" I always tell young girls, surround yourself with goodness. I learned early on how to get the haters out of my life "

- Michelle Obama -



A positive mind leads to a positive day and end the day with happiness. That's what I learned. Yes, it's true, surround yourself with goodness, and we will live a positive life. Happier with the things we have.


Sunday, February 4, 2018

WHY SOMETIMES I DON'T CARE ABOUT FRAMING AND BLUR PHOTOS






© 2017 Hasif Rahman - Family | My Harta Dunia Akhirat

Xiaomi Redmi 4X

" A happy family is but an earlier heaven "

- George Bernard Shaw -

Kadang kala moment itu datang pada bila - bila masa. Tak sempat nak berlari ke bilik ambil my Canon 6D, set up lens, set up the settings (Aperture / Shutter Speed / ISO), lighting bagai. Lebih - lebih lagi melibatkan pula anak - anak kecil. Lewat sedikit, ia sekadar memori sahaja. Haha. Even pakai phone pun, tidak sempat untuk framing semua. Fokus pun kadang - kadang lari.

It just happen, dua - dua sedang baring pada bantal yang sama (dimana biasanya Marissa memang tidak suka berkongsi), elok sahaja. Dengan berkain pelikatnya, ambil phone di tepi, ambil gambar mereka berdua, and again it just happen Marissa suruh Sayf pandang kamera. Not a set up scene. Gambar - gambar begini yang akan jadi kenangan nanti.

For me, gambar - gambar begini tidak perlu nak terlalu sharp atau framing terbaik (kalau dapat Alhamdulillah, good for you), yang penting the scenes. Sebab tu most of the time, waktu - waktu begini saya snap sahaja banyak - banyak dengan phone kerana saya tahun scene ini tidak mungkin akan berulang. Nak disuruh, tidak faham budak - budak ini. Mana mungkin akan berlaku lakonan semula. Haha. That's why ada masanya saya tidak isah about framing dan blur photos. Tapi jangan la blur sampai tidak nampak atau framing sampai putus kepala. Hahaha.

Haih, rindu anak - anak. Setiap kali balik the way Audrey belari nak peluk ayah dia, the way Sayf senyum tengok ayah dia. Selain isteri, anak - anak la sumber kekuatan mengharungi dugaan hidup ini. Yes, i may have my wishes, but when it comes to family, go to hell all the wishes. Family Comes First.



Saturday, February 3, 2018

NOBITA & DORAEMON


© 2017 Hasif Rahman - Toy Photography | The Road Not Taken

Canon 6D plus 40mm f2.8 lens

" An an an..Tottemo Daisuki...Doraemon... "

- Doraemon Theme Song -


Here comes Nobita and Doraemon !

Antara anime kegemaran semasa kecil dahulu adalah Doraemon. Anime yang pasti membuatkan diri ini tercegat di depan televisyen petak besar 5 minit sebelum bermula. Intro (Opening Theme) sudah pasti sehingga kini terngiang - ngiang rentak lagunya.

Secara jujurnya Lego bukanlah permainan yang membuatkan diri ini terlibat dengan Toy Photography pada mulanya, tetapi set S.H Figuarts Nobita kemudian S.H Figuarts Doraemon dan barulah set Lego (fokus kepada Star Wars set). Semuanya bermula pada tahun 2015.

Di mana saya tahu pasal kewujudan S.H Figuarts Nobita? Sudah tentu di Instagram. Pada masa itu terjumpa profile Instagram dari Indonesia, seorang photographer Toy Photography yang menggunakan S.H Figuarts Nobita sebagai subjek utama. Kemudian terlihat seorang rakan photographer Malaysia yang menggunakannya sebagai subjek semasa melancong ke luar negara. Gigih la bertanya sana sini mana nak dapat, tapi hampa, seorang pun tak nak jawab. Haha. Mainan je pun, nak berahsia sangat dah kenapa.



Satu hari isteri memperkenalkan Flea Market yang agak terkenal di Kuala Lumpur. Benda dah lama ada, cuma diri ini dulu bukan jenis kaki hang out bersama rakan - rakan di Kuala Lumpur. Jujurnya agak bagai katak di bawah tempurung. KL tu terasa sangat "tak berani pergi la, sure sesat nanti". Haha. Jadi banyak masa dihabiskan duduk rumah main Play Station or baca komik or layan movie. Time outing Photography sahaja baru je KL. Itu pun selalunya di Taman Tasik Perdana (pergi dan balik, takda lepak tempat lain, haha) atau di Putrajaya (itupun dulu ley sesat, haha). Sekarang ni dah berkahwin, baru la lancar sedikit jalan - jalan di KL. Sampai satu tahap, macam bosan dah KL ni.

Eh, berbalik pada cerita, Flea Market yang agak terkenal itu sudah semestinya Amcorp Mall. Lubuk pada para collector mencari barang idaman antaranya mainan. Sedang melihat - lihat di kedai - kedai setiap tingkat, mata terpandang sesuatu. EH ! S.H Figuarts Nobita dan Doraemon ! Last stock katanya. Tanpa berfikiran panjang, cakap pada tokey tersebut, saya book dulu, tunggu sekejap saya pergi ATM Machine keluarkan duit, Haha. Isteri pun siap sokong, beli je la katanya, nanti melepas pula. Apa lagi, kachinggggggg...

Buat masa ini, selagi lens yang diperlukan (harapan sampai kiamat kot, haha) tak dapat dibeli, kita stop dulu Lego Photography. Tahun ni tahun keempat, namun dah nampak impian nak beli lens tu menemui kegagalan jua sebab duit perlu dipesongkan untuk perkara lain. Kita buat la series of Nobita and Doraemon. Lets try something ! Be happy and no worry.