My Nuffnang

Saturday, February 3, 2018

NOBITA & DORAEMON


© 2017 Hasif Rahman - Toy Photography | The Road Not Taken

Canon 6D plus 40mm f2.8 lens

" An an an..Tottemo Daisuki...Doraemon... "

- Doraemon Theme Song -


Here comes Nobita and Doraemon !

Antara anime kegemaran semasa kecil dahulu adalah Doraemon. Anime yang pasti membuatkan diri ini tercegat di depan televisyen petak besar 5 minit sebelum bermula. Intro (Opening Theme) sudah pasti sehingga kini terngiang - ngiang rentak lagunya.

Secara jujurnya Lego bukanlah permainan yang membuatkan diri ini terlibat dengan Toy Photography pada mulanya, tetapi set S.H Figuarts Nobita kemudian S.H Figuarts Doraemon dan barulah set Lego (fokus kepada Star Wars set). Semuanya bermula pada tahun 2015.

Di mana saya tahu pasal kewujudan S.H Figuarts Nobita? Sudah tentu di Instagram. Pada masa itu terjumpa profile Instagram dari Indonesia, seorang photographer Toy Photography yang menggunakan S.H Figuarts Nobita sebagai subjek utama. Kemudian terlihat seorang rakan photographer Malaysia yang menggunakannya sebagai subjek semasa melancong ke luar negara. Gigih la bertanya sana sini mana nak dapat, tapi hampa, seorang pun tak nak jawab. Haha. Mainan je pun, nak berahsia sangat dah kenapa.



Satu hari isteri memperkenalkan Flea Market yang agak terkenal di Kuala Lumpur. Benda dah lama ada, cuma diri ini dulu bukan jenis kaki hang out bersama rakan - rakan di Kuala Lumpur. Jujurnya agak bagai katak di bawah tempurung. KL tu terasa sangat "tak berani pergi la, sure sesat nanti". Haha. Jadi banyak masa dihabiskan duduk rumah main Play Station or baca komik or layan movie. Time outing Photography sahaja baru je KL. Itu pun selalunya di Taman Tasik Perdana (pergi dan balik, takda lepak tempat lain, haha) atau di Putrajaya (itupun dulu ley sesat, haha). Sekarang ni dah berkahwin, baru la lancar sedikit jalan - jalan di KL. Sampai satu tahap, macam bosan dah KL ni.

Eh, berbalik pada cerita, Flea Market yang agak terkenal itu sudah semestinya Amcorp Mall. Lubuk pada para collector mencari barang idaman antaranya mainan. Sedang melihat - lihat di kedai - kedai setiap tingkat, mata terpandang sesuatu. EH ! S.H Figuarts Nobita dan Doraemon ! Last stock katanya. Tanpa berfikiran panjang, cakap pada tokey tersebut, saya book dulu, tunggu sekejap saya pergi ATM Machine keluarkan duit, Haha. Isteri pun siap sokong, beli je la katanya, nanti melepas pula. Apa lagi, kachinggggggg...

Buat masa ini, selagi lens yang diperlukan (harapan sampai kiamat kot, haha) tak dapat dibeli, kita stop dulu Lego Photography. Tahun ni tahun keempat, namun dah nampak impian nak beli lens tu menemui kegagalan jua sebab duit perlu dipesongkan untuk perkara lain. Kita buat la series of Nobita and Doraemon. Lets try something ! Be happy and no worry.


No comments:

Post a Comment