My Nuffnang

Sunday, July 23, 2017

FAKE FOG / SMOKE FOR TOY PHOTOGRAPHY


© 2017 Hasif Rahman - Photography | Knowledge Is Power

Canon 6D with 40mm F2.8 plus a Macro Lens Converter

" There is no shortcut in learning but there is always shortcut in solving "

- Abdul Rahim Cikgu Matematik -


Weekend kali ini saya akan cuba mempraktikkan sesuatu yang saya belajar daripada Toy Photographer yang saya kenali di dalam Instagram. Ia merupakan satu teknik yang tidak menggunakan kos yang tinggi namun hasilnya sangat menarik jika dibuat dengan cara yang betul. Kali ini saya akan menunjukkan cara - cara untuk menghasilkan kabus tanpa menggunakan photoshop. Jangan risau kerana teknik ini selamat dan tidak menggunakan bahan yang berbahaya. Mungkin teknik ini bukan di tahap professional tetapi saya yakin hasilnya akan tetap memuaskan kerana saya telah melihatnya sendiri. Ada dikalangan professional photographer menggunakan smoke machine atau apa jua peralatan untuk menghasilkan kesan kabus yang lebih realistik namun sudah tentu ia melibatkan kos yang agak tinggi dan ada juga menggunakan debu simen, baking powder dan seangkatannya dimana ia membahayakan kesihatan serta merosakkan peralatan seperti kamera (antara pengalaman mereka yang pernah menggunakan teknik ini, lens rosak akibat memerangkap debu) namun tidak dinafikan hasilnya sangat menarik. Mungkin satu hari nanti saya sendiri akan cuba menggunakan bahan - bahan tersebut, tetapi buat masa sekarang, kita bermula dengan yang mudah terdahulu.

Seperti gambar di atas, kelihatan bendasing berwarna putih saya letakkan di sekitar Lego Minifigure tersebut. Untuk pengetahuan semua, bendasing tersebut adalah kapas yang saya beli di farmasi pada harga sekitar RM5.00 dan mungkin ada yang lebih murah lagi bergantung kepada jenama. Kapas inilah yang akan digunakan untuk menghasilkan kesan kabus di dalam gambar. Bagi pencahayaan, saya menggunakan lampu LED yang saya beli di kedai 7 eleven dan dibalut dengan kertas putih A4 untuk melembutkan lagi cahayanya. Boleh juga dibalut dengan kain putih. Tiada masalah. Lampu LED tersebut kemudiannya saya aturkannya agar kesan tersebut dapat / kena dengan apa yang di inginkan. Latar belakang props tersebut saya letakkan satu papan hitam namun bukanlah satu kewajipan bagi papan hitam tersebut. Boleh digunakan warna lain atau tidak menggunakan sebarang papan lansung. Terpulang kepada kreativiti masing - masing.

Bagi permulaan, saya set kamera saya dengan setting ISO 5000, F11 dan shutter speed pada 1/100 kalau saya tidak silap. Saya menggunakan F11 kerana saya tidak mahu Lego Minifigure yang dibelakang terlalu blur dan akibat daripada penggunakan Aperture yang kecil, saya perlu meninggikan ISO bagi mendapatkan pencahayaan yang lebih baik. Beberapa shot diambil dan salah satu gambar adalah seperti di bawah.



Dalam gambar tersebut boleh kelihatan bentuk kapas tersebut. Mungkin penggunaan F11 tidak sesuai bagi teknik ini atau mungkin saya ada silap. Saya cuba menggunakan Aperture yang lebih besar seperti F3.2, F4 atau F5 dan hasilnya lebih baik seperti gambar di bawah.




Its totally SOOC ! Dengan menggunakan aperture yang lebih besar, kapas tersebut blur sehingga memberikan kesan kabus yang lebih realistik berbanding gambar sebelum. Namun kelemahan disini apabila menggunakan lebih daripada 1 minifigures dan jika susunan tidak dirancang dengan betul, minifigure yang di belakang atau didepan akan turut blur. Itu tujuan asal saya menggunakan F11 kerana ingin pastikan ketiga tiga minifigure tersebut sharp atau tidak begitu blur. Sebab itu gambar kedua saya tukar kepada satu minifigure sahaja. Mungkin ada cara lain untuk jadikan ia lebih baik. Seperti biasa, google / youtube, buat kajian, buat eksperimen, dan akhirnya pasti akan temui jawapan.

Apa jadi kalau saya warnakan kapas tersebut. Boleh dapat kesan debu tanah bertebangan, asap kebakaran dan sebagainya. Bagaimana pula kalau pencahayaan saya letak colour gel? Kadang kala dengan satu teknik kita boleh perkembangkan lagi. Yang penting kena praktikkan. Next post, gabungan kapas dan fake bokeh. Eh, macam mana tu? Nantikan !

*Sorry la posting kebelakangan ni banyak belajar pasal teknik sahaja. Kelengkapan belum cukup for Toy Photography project.



No comments:

Post a Comment