My Nuffnang

Monday, March 26, 2018

ME AT 32


© 2017 Hasif Rahman - Personal | The 1986 Man

Xiaomi Redmi 4X

" Anyone who stops learning is old, whether at 20 or 80. Anyone who keeps learning stays young "

- Henry Ford -


Lahir pada tahun 1986, kini telah berusia 32 tahun atau dengan kata lain golongan 3 series. Merenung kembali kepada perjalanan hidup sepanjang 32 tahun ini, banyak perubahan yang telah dilalui. Dari zaman gemuk yang amat, kini dalam keadaan terkawal. Nak bentuk badan masa zaman kahwin dulu agak susah sedikit. Bukan tidak boleh cuma semangat untuk disiplin menurunkan berat badan tidak seperti dulu. Mungkin tahun 2018 akan diusahakan.

Antara perubahan yang paling ketara dirasai diri ini kini adalah pemakaian. Minat untuk mengenakan pakaian kemeja dan suit semakin menebal berbanding t-shirt. Rasa perlu ditingkatkan penampilan diri. No more tshirt and jeans semata lebih - lebih lagi ke majlis yang RSVP. Tiba masa untuk penampilan diri as Semi Casual. Bila berpakaian as Semi Casual, terasa diri lebih yakin di tempat awam walaupun sebenarnya tiada siapa yang melihat. Haha. Maka dengan ini tahun 2018 akan lebih banyak berbelanja untuk pakaian. Terima kasih jua pada isteri yang memberi sokongan (Sebenarnya dia dah tegur lama, hahahaha)

Faktor usia mungkin, taste juga berubah. InsyaAllah ada rezeki, akan berusaha mengubah diri menjadi lebih baik.



No comments:

Post a Comment