My Nuffnang

Sunday, April 1, 2018

LITTLE DUCK LEARNING TO SWIM


© 2017 Hasif Rahman - Personal | My Little Duck @ Sayf

Wife's Huawei Dual Lens (Dunno what series)

" You cannot make people learn. You can only provide the right conditions for learning to happen "

- Vince Gowmon -



Satu kelebihan duduk di Service Apartment pada masa kini adalah fasiliti - fasiliti yang disediakan seperti kolam renang, gimnasium, dewan acara, kawasan riadah dan lain - lain. Keselamatan juga adalah sangat terjamin dengan kawalan 24 jam oleh pengawal keselamatan dan penggunaan akses kad untuk parking dan lif ke unit sendiri. Jadi kadang kala bila diri ini bertugas di luar kawasan, tidak terlalu risau isteri dan anak - anak yang ada di rumah ataupun ketika bercuti dalam jangka masa yang lama.

Walaupun sekadar menyewa dahulu di sini, terasa begitu seronok di sini. Mungkin kerana keadaan bangunan yang masih terjaga serta bersama isteri dan anak - anak yang sentiasa menghiburkan setiap hari.

Semalam mengambil peluang membawa my little duck Sayf ke kolam renang. Wah, sungguh seronok dia. Pandai pula mengepak ngepak tangan dan kaki. Bakat tersembunyi ke? Haha. Ikutkan ayah tidak kisah apa anak - anak ayah nak ceburi bila dah besar nanti asalkan apa yang diceburi tu halal. Jadilah nak apa jua yang diinginkan, asalkan tidak menyalahi agama. Ayah akan support dengan apa yang ayah ada asalkan tidak putus asa.

Love you Sayf.


No comments:

Post a Comment