My Nuffnang

Friday, June 22, 2018

STAR WARS MODELLER MALAYSIA



© 2017 Hasif Rahman - Star Wars Modeller Malaysia | Here We Go

Shot taken with Canon 6D plus 40mm lens

" The Force is strong with this model kit "

- Anonymous -



Akhirnya...terjebak dengan model kit. Jujurnya dahulu tidak begitu minat dengan model kit kerana hampir semua modeller yang terjebak dengan model kit menggunakan Gundam. Saya memang tidak minat pada Gundam. Komik or animasi, tidak pernah sentuh. Tetapi bila model kit ada mengeluarkan siri Star Wars, hati terasa gatal ingin mencuba. Bermula kecil kecilan dengan set Vehicle Model 002 X-Wing Starfighter dan Vehicle Model 007 Tie Advanced & Fighter, minat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai model kit mula membuak. Dari situ belajar mengenai asas - asal dalam model kit seperti Panel Lining, Wheathering Set, Air Brush serta peralatan - peralatan yang perlu digunakan bagi memastikan model kit disempurnakan dengan terbaik.

Buat masa ini kita focus untuk model kit sahaja. Bila sampai masa sudah mahir, baru kita mendalami ilmu diorama. Sejujurnya ada dicatat nota apa jua perkara yang dilihat/didengari mengenai diorama untuk dijadikan panduan masa akan datang. Biasanya akan skodeng Insta or FB modeller dan membaca komen-komen yang ada kerana disitu kadang kala akan terselit ilmu yang tidak boleh dipeljari di tempat lain. Baru sahaja sebentar tadi, mempelajari beberapa perkara mengenai diorama seperti Blue Foam, Plaster of Paris, Pastel Pensil dan sebagainya. Agak pening juga kalau nak memahami semuanya dalam masa sehari.


Sebelum ini berjinak jinak dengan Star Wars Model Kit yang saiz paling kecil. Tidak begitu mencabar dalam pemasangan, tetapi agak mencabar dalam wheathering sebab size yang kecil. But still, banyak benda boleh dipelajari dan kalau silap pun, tidak terasa rugi sangat sebab dalam harga RM20 plus sahaja berbanding set yang RM200 plus malah the latest 1/72 scale Millennium Falcon pada harga RM1200. Silap paint boleh cover lagi, tapi kalau patah parts sebab silap pasang or cutting, menangis wo. Hahaha

Minggu ni sempat beli 2 keping poster dan 1/144 Millennium Falcon. A great set for a beginner to take your model kit skill to the next level.


Please be nice to me. Hehe. Will keep you first sehingga tools dan paints yang diperlukan sampai. Kinda a long shopping list. Waiting for Air Brush pre order too.

Hoping i can join the Star Wars Modeller Malaysia someday.


No comments:

Post a Comment