My Nuffnang

Sunday, October 25, 2020

PERANG BINTANG

 


© 2020 Hasif Rahman - Toy Photography | Perang Bintang

Photos taken with Canon 6D with 40mm Pancake Lens plus adapter for close up
Double Lighting : Left and Right
Background using black cardboard


" Photography is an art of teleporting the past into the future "

- Mehmet Merat Ildan -



Tidak pernah bosan dengan Star Wars. Tapi memandangkan mainan Star Wars tidak begitu banyak, kerap kali guna figura sama. Tetapi janji kali ini last. Haha. Kita beralih ke tema lain bagi mempelbagaikan koleksi foto Toy Photography.

Kali ini kita main duo lighting. Kiri dan kanan. Supaya muka depan akan ada sedikit shadow. Lighting guna beli di DIY je. RM5.90 gitu. Dia macam LED.



Simple je set up. Kad board sebagai background dan based. Ini untuk memastikan dalam gambar, background gelap. Lampu tu dari DIY. Biasanya saya on LCD di kamera untuk nampak effect lighting, baru shoot. Malas nak test and error banyak kali since masa sentiasa mencemburui. So kita play smart.

So ini hasilnya.









Monday, October 19, 2020

THE DARK SIDE - STRUGGLING WITH CONSISTENCY


 

© 2020 Hasif Rahman - Toy Photography | Consistency

Photos taken with Canon 6D with 40mm Pancake Lens plus adapter for close up
Single Lighting from the left
Background using black cardboard


" Success isn't always about greatness.  It's about consistency. Consistent hard work leads to success. Greatness will come "

- Dwayne Johnson -



Salah satu perkara yang perlu saya perbaiki pada tahun 20020 mengurangkan sikap menangguh dan mula untuk menjadi seorang yang konsisten dalam perkara yang dirancang.

Yup, bergelut dengan isu konsisten, itulah keburukan yang ada pada diri ini. Bak kata orang, hangat tahi ayam. Isu yang saya ketengahkan ini berkaitan dengan Toy Photography saya. Tahun 2020 sepatutnya merupakan tahun di mana saya sepatutnya all out. Tahun untuk orang kenal diri ini terlibat dengan Toy Photography. Tapi dek kerana tidak consistent. it's already Oktober 2020, yet not more than 10 photos produced even ada PKP which is sepatutnya banyak masa boleh digunakan. Haha.

Itulah dia, struggling with consistency. 

Lets read some articles how to overcome it. There's still 2 months to go before the year of 2020 end. At least, I started to change.




Sunday, October 18, 2020

AHMAD SAYF ADDIN THIRD HOKAGE

 


© 2020 Hasif Rahman - Family | Sayf's Third Hokage


" Secret to happiness : Shukr, Sabr and Ikhlas "

- Anonymous -



First of all, Alhamdulillah kami semua dalam keadaan sihat sejahtera. Cuma kemalasan untuk update blog. Faham2 je la, anak dua ni, masa nak berblog tu, mood tu kadang kelaut juga. Hahaha. Ikutknya banyak je happening event, tp tak ter update di blog. Manakan tidaknya, dengan instagram lagi, dengan FB lagi, pastu kunun ada Flickr bagai. Hahahaha. 

Sedia maklum Selangor antara negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan juga antara negeri yang konsisten kes above 70 cases per day. So this year, hampir semunya dibuat ala kadar. Safety first. Kita jaga kita.

So, its Ahmad Sayf Addin Third Hokage for this year 2020. Teringat masa mula2 kelahiran dia, anak kedua, lelaki namun dia yang paling fragile. Baru lahir, dah kena warded akibat daripada jangkitan kuman di selaput otak. Scary kan? Haha. Sebab pelik demam dia panas plus menangis menjerit2 tidak suka disentuh, tekad hantar terus ke hospital. Alhamdulillah, keputusan yang bijak. Naluri ayah, sentiasa ada hikmahnya.

But now, dari seorang yang fragile, dia lah paling lasak. Kurang dah sakit2 batuk selesema bagai. Dulu hampir setiap bulan ke klinik for nebulizer sebab batuk dan selesema, tetapi selepas sesi perubatan bersama SJMC, punca dikenalpasti, ubat yang tepat, rasanya dah setahun tak ke klinik. Hahaha. Alhamdulillah

Lasaknya dia sekarang, kepala hantuk kat lantai,  ada apa hal. Kebal. HAHAHAHAHA. Memang beza la lasak anak pertama yang perempuan tu dengan lasak anak lelaki. Dia punya gurau kasar, kita pun boleh tergeliat. Menyinga hari2 tu normal dah sekarang. Baru faham rasa "INI BOLEH BUAT DARAH TINGGI NI ! "

Happy Birthday to Ahmad Sayf Addin ! Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dunia akhirat dalam apa jua perkara yang dilakukan dan sentiasa dilindungi olehNya. Doa ayah dan ibu sentiasa ada untuk Sayf.