My Nuffnang

Monday, September 17, 2018

BACK WITH MOMENTUM


© 2017 Hasif Rahman - Hasbro Black Series | C3P0

Shot taken with Canon 6D plus 40mm lens

" R2 says the chances of survival are 725....to one "

- A New Hope -


Terasa lamanya tidak memegang kamera, dan terasa lamanya tidak update blog. Haha. Ini gara - gara lens masih tiada bajet untuk membelinya dan laptop terpaksa disimpan kerana bilik tidak kemas. Hehe. Ni baru dapat buka laptop tetapi duduk atas lantai. Terasa tidak selesa dan kebas kaki. Haha. Kamera pun baru charge.

So as a warm up, kita set up scene as per previous idea but with different toy. C3P0 from Hasbro The Black Series. Berjaya dapat toy ni pada harga yang sangat diskaun iaitu RM40 semasa Hasbro Warehouse Sale. Sebenarnya banyak item menarik lagi, tetapi duit tiada masa tu. Bayangkan Hasbro Lightsaber RM400 sahaja dari harga asal RM800 - RM1000. Huuuuuu...terasa rugi bajet tiada masa tu.

Back to the topic, a simple set up, yet it helps to builf the momentum. Next weekend will do a scene with lego Darth Vader with proper set up. It will be the first for me. Wait for it !





Friday, June 22, 2018

STAR WARS MODELLER MALAYSIA



© 2017 Hasif Rahman - Star Wars Modeller Malaysia | Here We Go

Shot taken with Canon 6D plus 40mm lens

" The Force is strong with this model kit "

- Anonymous -



Akhirnya...terjebak dengan model kit. Jujurnya dahulu tidak begitu minat dengan model kit kerana hampir semua modeller yang terjebak dengan model kit menggunakan Gundam. Saya memang tidak minat pada Gundam. Komik or animasi, tidak pernah sentuh. Tetapi bila model kit ada mengeluarkan siri Star Wars, hati terasa gatal ingin mencuba. Bermula kecil kecilan dengan set Vehicle Model 002 X-Wing Starfighter dan Vehicle Model 007 Tie Advanced & Fighter, minat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai model kit mula membuak. Dari situ belajar mengenai asas - asal dalam model kit seperti Panel Lining, Wheathering Set, Air Brush serta peralatan - peralatan yang perlu digunakan bagi memastikan model kit disempurnakan dengan terbaik.

Buat masa ini kita focus untuk model kit sahaja. Bila sampai masa sudah mahir, baru kita mendalami ilmu diorama. Sejujurnya ada dicatat nota apa jua perkara yang dilihat/didengari mengenai diorama untuk dijadikan panduan masa akan datang. Biasanya akan skodeng Insta or FB modeller dan membaca komen-komen yang ada kerana disitu kadang kala akan terselit ilmu yang tidak boleh dipeljari di tempat lain. Baru sahaja sebentar tadi, mempelajari beberapa perkara mengenai diorama seperti Blue Foam, Plaster of Paris, Pastel Pensil dan sebagainya. Agak pening juga kalau nak memahami semuanya dalam masa sehari.


Sebelum ini berjinak jinak dengan Star Wars Model Kit yang saiz paling kecil. Tidak begitu mencabar dalam pemasangan, tetapi agak mencabar dalam wheathering sebab size yang kecil. But still, banyak benda boleh dipelajari dan kalau silap pun, tidak terasa rugi sangat sebab dalam harga RM20 plus sahaja berbanding set yang RM200 plus malah the latest 1/72 scale Millennium Falcon pada harga RM1200. Silap paint boleh cover lagi, tapi kalau patah parts sebab silap pasang or cutting, menangis wo. Hahaha

Minggu ni sempat beli 2 keping poster dan 1/144 Millennium Falcon. A great set for a beginner to take your model kit skill to the next level.


Please be nice to me. Hehe. Will keep you first sehingga tools dan paints yang diperlukan sampai. Kinda a long shopping list. Waiting for Air Brush pre order too.

Hoping i can join the Star Wars Modeller Malaysia someday.


Monday, May 21, 2018

STAR WARS - HASBRO STORMTROOPER VOICE CHANGER HELMET


© 2017 Hasif Rahman - Star Wars Collector | Hasbro Helmet

Shot taken with Huawei 10 Plus (Not sure, my wife's phone)

" These aren't the droids we're looking for..move along..move along... "

- Storm Trooper : A New Hope -


Hasbro Stormtrooper Voice Changer Helmet, kalau tidak silap berada di pasaran pada tahun 2016. Pada masa tu tidak begitu teruja dengan helmet tersebut kerana sibuk membeli Lego. Haha. Tahun lepas baru teruja, tetapi banyak dah sold out dan scalper menjual pada harga meroket tinggi. Maka dipendam sahaja perasaan. Namun mungkin rezeki terpijak, ada satu seller ni yang saya sering juga singgah ke booth dia dalam mana - mana event toys collector termasuk di flea market Amcorp Mall pada hari ahad, telah buat satu kenyataan di Facebooknya mengatakan terdapat dua unit Hasbro Stormtrooper Voice Changer Helmet akan tiba. Bayaran deposit diperlukan untuk reserve. First come first serve. Amboi, tanpa fikir panjang, take my money baby. Haha. Plus bayaran deposit sort of rasa seperti bayaran ansuran. Hahahaha.

Last Sunday, dah janji for final payment dibuat di event Star Wars di Jaya One Petaling Jaya. Puasa pun puasa la, gigih pergi. (Tuk mereka yang kenal saya, saya memang jenis tidak suka keluar waktu bulan puasa kecuali terpaksa, weekend selalu melepet di rumah). Settle payment, bawa balik ke rumah. Seriously kotak dia besar sungguh. Dalam tu helmet tersebut dibahagikan kepada 3 bahagian. Just sambung and lock. Helmet dia serius besar, walaupun kepala saya boleh dikategorikan besar, masih terasa longgar. Masih ada ruang kalau nak masuk tangan dan korek hidung. Haha


Love the helmet so much. Can't wait for the Hasbro Darth Vader Helmet yang saya dah Pre Order tiba. Haha..itu pun deposit paid, installment. Hahaha. Yeah !



Sunday, May 13, 2018

TOY PHOTOGRAPHY - POWERPUFF GIRL LEGO


© 2017 Hasif Rahman - Toy Photography | Powerpuff Girl

Canon 6D with 40mm lens

" Chemical X "

- Professor Utonium -


Sugar.
Spice.
And everything nice.

These were the ingredients chosen to create the perfect little girl.
But Professor Utonium accidenttally added an EXTRA INGREDIENT to the concoction...CHEMICAL X.

Thus, the POWERPUFF GIRLS WERE BORN!

Using their ultra super powers, BLOSSOM, BUBBLES and BUTTERCUP
have dedicated their lives to fighting crime and the forces of evil.



Hehe, dulu memang selalu terpacak depan tv channel CARTOON NETWORK menanti series Powerpuff Girl ni. Selain daripada Samurai Jack. Set Lego ni agak mahal pada asalnya. Bayangkan Bubbles dan Buttercup sahaja dah RM80 plus dan Blossom sahaja RM90 plus. Total up RM170.00.

Tapi bila ada seller jual RM60 bagi ketiga tiga tersebut, tanpa fikir panjang, take my money please. Haha

Banyak dah Lego kat rumah cuma belum ada masa tuk betul2 photography. Actually bukan masa, tetapi kelengkapan tiada. Huuu