My Nuffnang

Monday, July 24, 2017

SELAMAT HARI RAYA 2017


© 2017 Hasif Rahman - Personal | Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin

Credit To Eta Kreatif for the photo

" Start each day with a grateful heart "

- Anonymous -


Hari ini 24 Julai 2017, hari terakhir untuk Syawal 2017. Rasanya tidak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari saya sekeluarga kepada semua keluarga dan kenalan. Saya bagi pihak keluarga memohon maaf andai ada pertuturan, tingkah laku yang menyinggung perasaan anda semua sama ada sengaja atau tidak sengaja. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk daripada saya. Mohon halalkan makan minum saya dan andai ada hutang yang saya terlupa untuk lunaskan, mohon tuntut tanpa segan silu. I

Tahun ini, insyaAllah, second baby coming soon. Due date 3 November 2017. Tapi seperti biasa, mungkin awal lagi, mungkin lewat sedikit. 28 Oktober 2017 birthday saya, 1 November pula birthday isteri. Nampak? Ada rezeki dan dipermudahkan urusan, InsyaAllah kelahiran anak kedua nanti merupakan hadiah birthday yang terbaik tahun ini. Kalau ditanya kepada saya apa yang saya mahu untuk birthday saya tahun ini, hanya satu jawapan, keselamatan isteri yang melahirkan dan keselamatan anak yang dilahirkan. Amin.

Audrey Marissa, anak ayah yang pertama, you'll always be the special one. Sebab yang pertama itu mengajar saya dan isteri menjadi ayah dan ibu. Satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Mungkin akan tiba satu masa Audrey terasa seperti disisih, namun jangan sesekali merasakan ayah dan ibu tidak sayangkan Audrey lagi. Cuma Audrey kena faham, adik Audrey yang baru lahir nanti perlukan lebih perhatian lagi kerana masih kecil.

Satu hari nanti Audrey dah besar dan boleh baca blog ayah, ketahuilah ayah dan ibu sayang sangat kat Audrey =)


Sunday, July 23, 2017

FAKE FOG / SMOKE FOR TOY PHOTOGRAPHY


© 2017 Hasif Rahman - Photography | Knowledge Is Power

Canon 6D with 40mm F2.8 plus a Macro Lens Converter

" There is no shortcut in learning but there is always shortcut in solving "

- Abdul Rahim Cikgu Matematik -


Weekend kali ini saya akan cuba mempraktikkan sesuatu yang saya belajar daripada Toy Photographer yang saya kenali di dalam Instagram. Ia merupakan satu teknik yang tidak menggunakan kos yang tinggi namun hasilnya sangat menarik jika dibuat dengan cara yang betul. Kali ini saya akan menunjukkan cara - cara untuk menghasilkan kabus tanpa menggunakan photoshop. Jangan risau kerana teknik ini selamat dan tidak menggunakan bahan yang berbahaya. Mungkin teknik ini bukan di tahap professional tetapi saya yakin hasilnya akan tetap memuaskan kerana saya telah melihatnya sendiri. Ada dikalangan professional photographer menggunakan smoke machine atau apa jua peralatan untuk menghasilkan kesan kabus yang lebih realistik namun sudah tentu ia melibatkan kos yang agak tinggi dan ada juga menggunakan debu simen, baking powder dan seangkatannya dimana ia membahayakan kesihatan serta merosakkan peralatan seperti kamera (antara pengalaman mereka yang pernah menggunakan teknik ini, lens rosak akibat memerangkap debu) namun tidak dinafikan hasilnya sangat menarik. Mungkin satu hari nanti saya sendiri akan cuba menggunakan bahan - bahan tersebut, tetapi buat masa sekarang, kita bermula dengan yang mudah terdahulu.

Seperti gambar di atas, kelihatan bendasing berwarna putih saya letakkan di sekitar Lego Minifigure tersebut. Untuk pengetahuan semua, bendasing tersebut adalah kapas yang saya beli di farmasi pada harga sekitar RM5.00 dan mungkin ada yang lebih murah lagi bergantung kepada jenama. Kapas inilah yang akan digunakan untuk menghasilkan kesan kabus di dalam gambar. Bagi pencahayaan, saya menggunakan lampu LED yang saya beli di kedai 7 eleven dan dibalut dengan kertas putih A4 untuk melembutkan lagi cahayanya. Boleh juga dibalut dengan kain putih. Tiada masalah. Lampu LED tersebut kemudiannya saya aturkannya agar kesan tersebut dapat / kena dengan apa yang di inginkan. Latar belakang props tersebut saya letakkan satu papan hitam namun bukanlah satu kewajipan bagi papan hitam tersebut. Boleh digunakan warna lain atau tidak menggunakan sebarang papan lansung. Terpulang kepada kreativiti masing - masing.

Bagi permulaan, saya set kamera saya dengan setting ISO 5000, F11 dan shutter speed pada 1/100 kalau saya tidak silap. Saya menggunakan F11 kerana saya tidak mahu Lego Minifigure yang dibelakang terlalu blur dan akibat daripada penggunakan Aperture yang kecil, saya perlu meninggikan ISO bagi mendapatkan pencahayaan yang lebih baik. Beberapa shot diambil dan salah satu gambar adalah seperti di bawah.



Dalam gambar tersebut boleh kelihatan bentuk kapas tersebut. Mungkin penggunaan F11 tidak sesuai bagi teknik ini atau mungkin saya ada silap. Saya cuba menggunakan Aperture yang lebih besar seperti F3.2, F4 atau F5 dan hasilnya lebih baik seperti gambar di bawah.




Its totally SOOC ! Dengan menggunakan aperture yang lebih besar, kapas tersebut blur sehingga memberikan kesan kabus yang lebih realistik berbanding gambar sebelum. Namun kelemahan disini apabila menggunakan lebih daripada 1 minifigures dan jika susunan tidak dirancang dengan betul, minifigure yang di belakang atau didepan akan turut blur. Itu tujuan asal saya menggunakan F11 kerana ingin pastikan ketiga tiga minifigure tersebut sharp atau tidak begitu blur. Sebab itu gambar kedua saya tukar kepada satu minifigure sahaja. Mungkin ada cara lain untuk jadikan ia lebih baik. Seperti biasa, google / youtube, buat kajian, buat eksperimen, dan akhirnya pasti akan temui jawapan.

Apa jadi kalau saya warnakan kapas tersebut. Boleh dapat kesan debu tanah bertebangan, asap kebakaran dan sebagainya. Bagaimana pula kalau pencahayaan saya letak colour gel? Kadang kala dengan satu teknik kita boleh perkembangkan lagi. Yang penting kena praktikkan. Next post, gabungan kapas dan fake bokeh. Eh, macam mana tu? Nantikan !

*Sorry la posting kebelakangan ni banyak belajar pasal teknik sahaja. Kelengkapan belum cukup for Toy Photography project.



Friday, July 21, 2017

THE LEGO MOVIE MAIN CHARACTERS


© 2017 Hasif Rahman - Photography | I Love Lego Movie

Canon 6D with 40mm F2.8 plus a Macro Lens Converter

" It's not a toy, actually it's a highly sophisticated inter-locking brick system "

- The Lego Movie -

At last I have completed all the Lego Movie main characters. It fits well with double decker couch. I'm not really into collecting different designs of each minifigures. As long as it can represent the main characters, it's good enough for me.


MEMBERSIHKAN TAHI ORANG


© 2017 Hasif Rahman - Photography | Shit Happens

Canon 6D with 40mm F2.8 plus a Macro Lens Converter

" Just keep moving forward and don't give a shit about what anybody thinks. Do what you have to do, for you "

- Johnny Depp -

Memang normal dalam alam pekerjaan apabila kita berpindah ke satu jabatan yang baru, akan ada situasi di mana kita perlu membersihkan tahi yang ditinggalkan. Tahi yang ditinggalkan pula ada pelbagai jenis. Seperti alam tahi, ada tahi keras, ada tahi panjang, ada tahi bulat - bulat kecil, ada tahi cirit dan sebagainya. Begitu juga dengan jenis tahi kerja yang ditinggalkan. Ada kerja yang tidak lengkap, ada kerja yang bermasalah, ada kerja yang silap dan ada kerja yang entah hilang ke mana. Sejujurnya saya tiada masalah dalam membersihkan tahi kerja ni, cuma satu perkara yang saya kurang gemar adalah tahi kerja yang bermasalah. Sebabnya tahi kerja yang bermasalah ini sudahnya orang yang baru masuk ke jabatan tersebut bertanggungjawab dan akan diambil tindakan atas masalah tersebut.