" I keep all of my letters, postcards, and thank you notes. I'll keep them forever"
- Jane Levy -
Today, received a postcard from Thailand. Really love the design. A Muay Thai fighter ! Can I have more? Can't wait to swap more postcards from friends around the world ! It's fun !
" Reading is a basic tool in the living of a good live "
- Joseph Addison -
Alkisahnya hari ini ada jemputan kenduri kahwin kawan kepada isteri di Casa Ombak, Ampang. Seperti biasa, saya bukan jenis yang mahir jalan di Kuala Lumpur terutama lokasi - lokasi yang tidak pernah pergi. "Kawan Sejati" iaitu Google Map akan menjadi pembantu setia dalam membimbing ke jalan yang benar. Bila "search" lokasi tersebut, hampir sungguh dengan Suria KLCC, lantas berkata kepada isteri, lepas kenduri singgah KLCC. Salah satu sebabnya adalah kerana sudah berhajat sebelum ini untuk singgah Kinokuniya, saja merayau di dalam walaupun tidak membeli. Rasa seronok. Sebab yang lain pula, nak bawa Audrey Marissa jalan - jalan. Dia memang suka meraya di tempat buku dan tempat mainan (Toys R Us). Tapi seperti biasa, hajat tidak membeli apa - apa, mana mungkin berlaku. Haha.
Sampai di Kinokuniya, pertama sekali ternampak %^$%&^*&$&$# dan terus membelinya. (Akan dimaklumkan apa yang dibeli pada "post" akan datang, hehe). Semasa hendak buat bayaran, ternampak satu pula Privilege Card Kinokuniya Special Edition. Design yang menarik, apa lagi, daftar terus. Haha.
Apa keistimewaan dia? Diskaun 10% bagi setiap buku yang dijual di Kinokuniya. Memang berbaloi kalau jenis yang suka membeli buku. Diskaun dapat, pelepasan LHDN pun dapat nanti. Double bonus sebenarnya. Tapi kalau jenis beli buku setahun sekali, tidak perlu daftar. Haha. Sebab nak daftar kena bayar RM38.00 setahun. Apapun, duit masing - masing. Sekian.
Canon 6D with 40mm F2.8 plus a Macro Lens Converter
" Just keep moving forward and don't give a shit about what anybody thinks. Do what you have to do, for you "
- Johnny Depp -
Memang normal dalam alam pekerjaan apabila kita berpindah ke satu jabatan yang baru, akan ada situasi di mana kita perlu membersihkan tahi yang ditinggalkan. Tahi yang ditinggalkan pula ada pelbagai jenis. Seperti alam tahi, ada tahi keras, ada tahi panjang, ada tahi bulat - bulat kecil, ada tahi cirit dan sebagainya. Begitu juga dengan jenis tahi kerja yang ditinggalkan. Ada kerja yang tidak lengkap, ada kerja yang bermasalah, ada kerja yang silap dan ada kerja yang entah hilang ke mana. Sejujurnya saya tiada masalah dalam membersihkan tahi kerja ni, cuma satu perkara yang saya kurang gemar adalah tahi kerja yang bermasalah. Sebabnya tahi kerja yang bermasalah ini sudahnya orang yang baru masuk ke jabatan tersebut bertanggungjawab dan akan diambil tindakan atas masalah tersebut.
" Once you replace negative thoughts with positive ones, you'll start having positive results "
- Willie Nelson -
Today will be the 1st January of 2017. Its New Year ! I bet most of us have set a new bucket list whether a new set of list or carry forward the unfinished business from last year. What ever it is, how do I start the new year? Yes, the first thing that I need to do is to punch away all the negative things. It can be people, thoughts, surrounding, habits and others. It's because last year in 2016, the main thing that dragged me was negative thoughts. Well, the list was like :-
I can't do this
I'm afraid to
Its too much to handle
I lost my touch
I don't have time
I don't have proper equipment
I can't be that good
It's not easy
I'll do it later
Yeah, I can add more to the list but I need to stop it. It's not gonna happen in 2017. I'll start the year with positive things. Lets be brave and start working. Let make things happen ! I punch away all the Negative Things ! BANG !
" The new year stands before us, like a chapter in a book, waiting to be written. We can help write that story by setting goals "
- Melody Beattie -
Pheeew, lagi beberapa hari sahaja kita akan masuk ke tahun yang baru, tahun 2017. As usual, setiap tahun sebelum melangkah ke tahun yang baru, kita akan lihat kembali wishlist yang kita rancang, adakah berjaya atau gagal atau masih dalam proses. Apapun, years and age are just numbers, but setting up goals will help us to focus. Sebelum ini bila sebut pasal wishlist, diri ini sekadar perlu ada sahaja. Dapat atau tidak, itu lain cerita. Tetapi bila dah jejak umur 30 tahun ni, terasa juga diri sudah tua dan tahun 2017 dilihat, change must be made. Wishlist must be completed or worst case scenario in progress. No more failure. No more lame excuses. No more feeling giving up. Lets all out !
Kita lihat beberapa perkara yang berjaya disempurnakan pada tahun 2016.
Berjaya bertukar ke Putrajaya daripada SUK Negeri Sembilan setelah berusaha dengan pelbagai cara. Akhirnya dapat tukar suka sama suka with someone yang diri ini tidak kenal. Terima kasih atas bantuan rakan yang turut sama viralkan permohonan untuk bertukar.
Berjaya dapatkan rumah untuk tinggal bersama isteri dan anak secara privately. Alhamdulillah, till now, its a nice place with wonderful environment.
Berjaya untuk naik pangkat
Berjaya dapatkan set Lego Star Wars UCS Slave 1 yang telah lama menjadi idaman
Berjaya mulakan project photography and will keep on doing it
Well, thats the big thing for my 2016, seems not much sebab baru tahun pertama dapat tinggal bersama isteri dan anak sepenuhnya dan bukan lagi weekend husband. Tidak dinafikan terasa sedikit lost dari pelbagai aspek. Namun berjaya dikawal sepenuhnya and yes, we survived. Janji Allah itu benar, bila dah berkahwin, ada anak, rezeki itu pasti ada. Secara keseluruhannya, Alhamdulillah for 2016, and lets do better and more for 2017.
Bagi tahun 2017, rasanya lebih baik jika perancangan dibuat dengan lebih teliti agar dapat fokus dengan lebih baik. Wishlist boleh dibahagikan kepada kategori dan setiap kategori akan ada pecahannya.
Photography
Travel / Holiday
Financial
Asset
Personal
Lets start the 2017 with a positive thinking. Hey Ho, Lets Go !