My Nuffnang

Saturday, August 26, 2017

PRIVILEGE CARD KINOKUNIYA - SPECIAL EDITION


© 2017 Hasif Rahman - Personal | Privilege Card Kinokuniya

Canon 6D with 40mm F2.8

" Reading is a basic tool in the living of a good live "

- Joseph Addison -


Alkisahnya hari ini ada jemputan kenduri kahwin kawan kepada isteri di Casa Ombak, Ampang. Seperti biasa, saya bukan jenis yang mahir jalan di Kuala Lumpur terutama lokasi - lokasi yang tidak pernah pergi. "Kawan Sejati" iaitu Google Map akan menjadi pembantu setia dalam membimbing ke jalan yang benar. Bila "search" lokasi tersebut, hampir sungguh dengan Suria KLCC, lantas berkata kepada isteri, lepas kenduri singgah KLCC. Salah satu sebabnya adalah kerana sudah berhajat sebelum ini untuk singgah Kinokuniya, saja merayau di dalam walaupun tidak membeli. Rasa seronok. Sebab yang lain pula, nak bawa Audrey Marissa jalan - jalan. Dia memang suka meraya di tempat buku dan tempat mainan (Toys R Us). Tapi seperti biasa, hajat tidak membeli apa - apa, mana mungkin berlaku. Haha.

Sampai di Kinokuniya, pertama sekali ternampak %^$%&^*&$&$#  dan terus membelinya. (Akan dimaklumkan apa yang dibeli pada "post" akan datang, hehe). Semasa hendak buat bayaran, ternampak satu pula Privilege Card Kinokuniya Special Edition. Design yang menarik, apa lagi, daftar terus. Haha.

Apa keistimewaan dia? Diskaun 10% bagi setiap buku yang dijual di Kinokuniya. Memang berbaloi kalau jenis yang suka membeli buku. Diskaun dapat, pelepasan LHDN pun dapat nanti. Double bonus sebenarnya. Tapi kalau jenis beli buku setahun sekali, tidak perlu daftar. Haha. Sebab nak daftar kena bayar RM38.00 setahun. Apapun, duit masing - masing. Sekian.




No comments:

Post a Comment