My Nuffnang

Sunday, August 20, 2017

UP UP AND AWAY ROCKET BOY !


© 2017 Hasif Rahman - Photography | Behind The Scene

Canon 6D with 40mm F2.8 plus a Macro Lens Converter

" Imagination is the highest kite one can fly "

- Lauren Bacall -

Minggu ini terlintas satu idea / konsep. Seperti biasa, bila terlintas sahaja, buat dahulu sebelum lupa. Tidak semestinya idea / konsep yang terlintas itu terus terbaik hasilnya tetapi ia satu permulaan. Kalau tidak buat dahulu, idea / konsep tersebut sudah tentu hilang begitu sahaja. Kali ini menggabungkan dua idea / konsep dalam satu. Kapas dan fake bokeh. Seperti gambar BTS di atas, satu set up yang mudah sahaja. Maaf la kalau lighting tu nampak serabut keadaannya. Maklumlah, bujet rendah punya gajet, DIY sahaja apa yang ada. Haha. Hasilnya? As per below :-




SOOC. Tanpa sebarang advance editing / manipulasi. Memang antara usaha saya untuk hasilkan gambar tanpa menggunakan editing / manipulasi yang melampau. Cuba untuk menghasilkan satu karya yang nampak asli. Tiada salahnya editing / manipulasi yang berlebihan, cuma saya cabar diri untuk tidak membuatnya. Sebenarnya boleh dapatkan angle yang lebih menarik, framing yang lebih baik, cuma keadaan lens sekarang yang digunakan tidak sesuai. Belum dapat lagi beli lens ! Haha. Maka buat masa ini seperti biasa, kita tuntut ilmu dahulu. Banyak yang boleh diperbaiki sebenarnya antaranya kesan cahaya pada background tersebut. Hmmm... Takpa, nanti cuba lagi.



1 comment: