My Nuffnang

Monday, August 28, 2017

THE FORGOTTEN HOBBY


© 2017 Hasif Rahman - Personal | Stamps and Postcards

Xiaomi Redmi 4X

" Preserving tradition has become a nice hobby, like stamp collecting "

- Mason Cooley -


Lama sudah meninggalkan hobi ini. Mengumpul setem. Mengumpul poskad. Kali terakhir adalah pada tahun 2003, sewaktu mengambil Sijil Penilaian Menengah (SPM). Tidak pasti apa sebab terhentinya hobi ini, tetapi kini hobi tersebut muncul kembali. Mungkin jua pengaruh media yang turut menarik diri ini berkecimpung semula. Namun semuanya bermula dari permintaan isteri untuk dapatkan First Day Cover dan Setem Special Edition Sukan Sea Malaysia 2017. Begitu saja, terus meletup kembali hobi ini. Instagram, kini menjadi platform utama kali ini. Ahhh..budaya swapping setem/poskad kelihatan begitu menarik sekali di Instagram. Begitu ramai juga pengumpul setem/poskad di Malaysia. Disebabkan baru sahaja bermula semula, mungkin kena mengumpul dulu bahan berkenaan sebelum terlibat dengan aktiviti swapping.

Seperti gambar di atas, baru sahaja membeli Poskad sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke 60 ! Unik kan? Tidak sabar untuk menunggu setem Hari Kemerdekaan ke 60 dijual di pejabat pos pada September ini. Anda berminat? =)





No comments:

Post a Comment