My Nuffnang

Monday, August 28, 2017

THE FORGOTTEN HOBBY


© 2017 Hasif Rahman - Personal | Stamps and Postcards

Xiaomi Redmi 4X

" Preserving tradition has become a nice hobby, like stamp collecting "

- Mason Cooley -


Lama sudah meninggalkan hobi ini. Mengumpul setem. Mengumpul poskad. Kali terakhir adalah pada tahun 2003, sewaktu mengambil Sijil Penilaian Menengah (SPM). Tidak pasti apa sebab terhentinya hobi ini, tetapi kini hobi tersebut muncul kembali. Mungkin jua pengaruh media yang turut menarik diri ini berkecimpung semula. Namun semuanya bermula dari permintaan isteri untuk dapatkan First Day Cover dan Setem Special Edition Sukan Sea Malaysia 2017. Begitu saja, terus meletup kembali hobi ini. Instagram, kini menjadi platform utama kali ini. Ahhh..budaya swapping setem/poskad kelihatan begitu menarik sekali di Instagram. Begitu ramai juga pengumpul setem/poskad di Malaysia. Disebabkan baru sahaja bermula semula, mungkin kena mengumpul dulu bahan berkenaan sebelum terlibat dengan aktiviti swapping.

Seperti gambar di atas, baru sahaja membeli Poskad sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke 60 ! Unik kan? Tidak sabar untuk menunggu setem Hari Kemerdekaan ke 60 dijual di pejabat pos pada September ini. Anda berminat? =)





Saturday, August 26, 2017

PRIVILEGE CARD KINOKUNIYA - SPECIAL EDITION


© 2017 Hasif Rahman - Personal | Privilege Card Kinokuniya

Canon 6D with 40mm F2.8

" Reading is a basic tool in the living of a good live "

- Joseph Addison -


Alkisahnya hari ini ada jemputan kenduri kahwin kawan kepada isteri di Casa Ombak, Ampang. Seperti biasa, saya bukan jenis yang mahir jalan di Kuala Lumpur terutama lokasi - lokasi yang tidak pernah pergi. "Kawan Sejati" iaitu Google Map akan menjadi pembantu setia dalam membimbing ke jalan yang benar. Bila "search" lokasi tersebut, hampir sungguh dengan Suria KLCC, lantas berkata kepada isteri, lepas kenduri singgah KLCC. Salah satu sebabnya adalah kerana sudah berhajat sebelum ini untuk singgah Kinokuniya, saja merayau di dalam walaupun tidak membeli. Rasa seronok. Sebab yang lain pula, nak bawa Audrey Marissa jalan - jalan. Dia memang suka meraya di tempat buku dan tempat mainan (Toys R Us). Tapi seperti biasa, hajat tidak membeli apa - apa, mana mungkin berlaku. Haha.

Sampai di Kinokuniya, pertama sekali ternampak %^$%&^*&$&$#  dan terus membelinya. (Akan dimaklumkan apa yang dibeli pada "post" akan datang, hehe). Semasa hendak buat bayaran, ternampak satu pula Privilege Card Kinokuniya Special Edition. Design yang menarik, apa lagi, daftar terus. Haha.

Apa keistimewaan dia? Diskaun 10% bagi setiap buku yang dijual di Kinokuniya. Memang berbaloi kalau jenis yang suka membeli buku. Diskaun dapat, pelepasan LHDN pun dapat nanti. Double bonus sebenarnya. Tapi kalau jenis beli buku setahun sekali, tidak perlu daftar. Haha. Sebab nak daftar kena bayar RM38.00 setahun. Apapun, duit masing - masing. Sekian.




Sunday, August 20, 2017

UP UP AND AWAY ROCKET BOY !


© 2017 Hasif Rahman - Photography | Behind The Scene

Canon 6D with 40mm F2.8 plus a Macro Lens Converter

" Imagination is the highest kite one can fly "

- Lauren Bacall -

Minggu ini terlintas satu idea / konsep. Seperti biasa, bila terlintas sahaja, buat dahulu sebelum lupa. Tidak semestinya idea / konsep yang terlintas itu terus terbaik hasilnya tetapi ia satu permulaan. Kalau tidak buat dahulu, idea / konsep tersebut sudah tentu hilang begitu sahaja. Kali ini menggabungkan dua idea / konsep dalam satu. Kapas dan fake bokeh. Seperti gambar BTS di atas, satu set up yang mudah sahaja. Maaf la kalau lighting tu nampak serabut keadaannya. Maklumlah, bujet rendah punya gajet, DIY sahaja apa yang ada. Haha. Hasilnya? As per below :-




SOOC. Tanpa sebarang advance editing / manipulasi. Memang antara usaha saya untuk hasilkan gambar tanpa menggunakan editing / manipulasi yang melampau. Cuba untuk menghasilkan satu karya yang nampak asli. Tiada salahnya editing / manipulasi yang berlebihan, cuma saya cabar diri untuk tidak membuatnya. Sebenarnya boleh dapatkan angle yang lebih menarik, framing yang lebih baik, cuma keadaan lens sekarang yang digunakan tidak sesuai. Belum dapat lagi beli lens ! Haha. Maka buat masa ini seperti biasa, kita tuntut ilmu dahulu. Banyak yang boleh diperbaiki sebenarnya antaranya kesan cahaya pada background tersebut. Hmmm... Takpa, nanti cuba lagi.



Wednesday, August 2, 2017

LEGO TILES CUSTOM DESIGN


© 2017 Hasif Rahman - Photography | Lego Tiles Custom

Canon 6D with 40mm F2.8 plus a Macro Lens Converter

" I go wherever my creativity takes me "

- Lil Wayne -

Pertamanya saya mohon maaf, gambar sedikit blur adalah kerana lensa saya dan bukan Lego Tiles tersebut. Perlu saya maklumkan agar ia tidak menimbulkan perasaan was was kepada kualiti Lego Tiles tersebut.

Just a quick review untuk apa yang saya beli beberapa minggu yang lepas, yup, seperti gambar di atas ia adalah Lego Tiles Custom. Saya telah membelinya dari seorang rakan yang saya kenali di Facebook iaitu Peter Chung. Seorang rakan yang sangat dipercayai. Terdapat pelbagai design yang menarik untuk dipilih dengan harga yang berpatutan. Lebih menarik anda akan diberikan diskaun jika membeli dalam kuantiti yang banyak. Buat masa ini saya hanya membeli 6 sahaja iaitu 2 tin coca cola, gameboy, poster star wars dan plastik Lego.

Secara keseluruhannya binaannya sangat berkualiti. Tiada defect yang ketara. Saiz juga adalah saiz Lego seperti biasa. Telah cuba gunakan minifigure untuk pegang dan juga cantumkan dengan Lego lain sesuai seperti biasa. Lego Tiles Custom ini sesuai digunakan terutama mereka yang suka MOC sesuatu scene. Tidak rugi untuk anda membelinya kerana ia membuatkan sesuatu scene itu lebih menarik. My lazy set up for tonight seperti di bawah. Have fun ! :-